Lockwood & Co. (Netflix) | Review Drama

Review Drama | Lockwood & Co (Netflix)

Title : Lockwood & Co.
Director : William McGregor, Catherine Morshead, Joe Cornish
Network : Netflix
Release Date : 27 January 2023
Episodes : 8
Duration : 45 minutes
Genre : Supernatural, Thriller
Cast : Ruby Stokes, Cameron Chapman, Ali Hadji-Heshmati, Michael Clarke, Ivanno Jeremiah, Luke Treadaway, Morven Christie, Jack Bandeira, Ben Crompton, Hayley Konadu

SYNOPSIS: 
In a world plagued by ghosts, where giant corporations employ psychic teens to battle the supernatural, only one company operates without adult supervision, and its name is Lockwood & Co. Run by Anthony Lockwood, a rebellious young entrepreneur haunted by his mysterious past, his brilliant but eccentric sidekick George and a newly arrived, supremely gifted girl called Lucy, this renegade trio are about to unravel a terrifying mystery that will change the course of history.

Lockwood & Co. (Netflix) | Review Drama

Diadaptasi dari novel bersiri karya Jonathan  Stroud, Lockwood & Co. mengisahkan Lucy Carlyle (Ruby Stoke) seorang remaja yang mempunyai pendengaran yang istimewa dihantar oleh ibunya untuk bekerja di sebuah agensi ghost-hunter. dari situ dia dilatih bersama remaja yang lain untuk bekerja sebagai ghost hunter.

Kawan baiknya, Norrie mengajak Lucy untuk lari dari situ sebab merasakan semua benda yang mereka buat ini ada konspirasi terancang dan ibu bapa mereka yang berjoli dengan wang titik peluh mereka. tapi Lucy menolak cadangan tersebut sebab dia ada matlamat untuk jadi ghost hunter level 4 dan selepas itu baru dia akan ke London untuk bekerja dengan top agency di sana.

Malangnya terjadi peristiwa malang apabila kawan-kawan Lucy terbunuh, supervisor mereka pula lepas tangan dan menuduh Lucy tak alert untuk mendapatkan bantuan. Kecewa dengan supervisor dan ibunya yang tidak kisah dengan nyawanya rakannya terkorban, Lucy membuat keputusan untuk melarikan diri ke London.

Lockwood & Co. (Netflix) | Review Drama

Setibanya di London, agak susah untuk Lucy mendapatkan kerja di agensi ghost hunter yang ada apabila dia tiada surat kebenaran ibu bapa. Last sekali, Lucy pergi interview di Lockwood & Co dan diterima oleh pemilik agensi tersebut iaitu Anthony Lockwood (Cameron Chapman) dan George Karim (Ali Hadji-Heshmati) yang turut bekerja di situ.

Semuanya agensi ghost hunter dikawal selia oleh DEPRAC dan mewajibkan setiap team mesti ada orang dewasa sebagai supervisor. tapi Anthony ni macam memberontak nak lawan sistem yang ada so dia buka agensi sendiri guna modal sendiri.

kerja ghost hunter ni biasanya menerima request dari client untuk membersihkan rumah mereka dari sebarang makhluk entiti yang menganggu sebelum menjual rumah tersebut.

Lockwood & Co. (Netflix) | Review Drama

Bermula dari kes di rumah Puan Hopes, Anthony dan Lucy terjumpa rangka manusia yang ditanam di dinding rumah tersebut. Lucy yang ada special hearing dapat mendengar hantu Annabel meminta bantuannya. so dari situ mereka cuba merungkai misteri pembunuhan Annabel.

Masalahnya apabila mereka melakukan kesilapan sehingga menyebabkan kebakaran, Anthony pening nak cari duit untuk bayar pampasan pada tuan rumah tersebut. waktu ni juga DEPRAC iaitu Inspektor Barnes (Ivanno Jeremiah) tekan Anthony untuk tutup agensi sebab siasat kes tak ikut piawaian DEPRAC dan paksa Lucy untuk behenti kerja dan balik kampung.

tapi masing-masing mana nak dengar cakap, mereka terima satu kes dari seorang VIP ternama secara senyap yang akhirnya dapat merungkai siapa pembunuh Annabel. Walaupun kes tersebut dapat diselesaikan tapi Anthony dan Lucy tak puas hati juga sebab kes tersebut tutup macam tu sahaja dan DEPRAC pula macam cuba cover cerita sebenar.

Lockwood & Co. (Netflix) | Review Drama

Next job mereka untuk bersihkan kubur yang paling berpuaka, kerja mereka diselesaikan dengan baik. tapi bila George pergi balik tempat kejadian, cermin barang berharga dalam keranda tersebut hilang dan berlaku konflik dengan geng Quill Kipps (Jack Bandeira) yang mahu mengambil alih kes tersebut.

Inpsektor Barnes arahkan Anthony dan Kipps bekerjasama untuk mencari cermin dan menyelesaikan kes tersebut. dari sini bermula persaingan antara mereka untuk menyelesaikan kes tersebut dan juga satu demi satu rahsia mula terbongkar.

Dalam sibuk menyiasat, Anthony dan Lucy tak sedar yang Pamela Joplin mula mendekati George dengan agenda tersendiri. Mampukah mereka membendung kejahatan dan mempertahankan agensi mereka?

Lockwood & Co. (Netflix) | Review Drama

tak pernah baca buku dia tapi untuk drama bersiri ini, jalan cerita dia agak menarik sebab ada misteri dan penyiasatan. dari segi visual pun nampak cantik dari segi cinematography dan setting latar dia. tapi hantu dia alahai tak seram pun, hantu dalam drama asia lagi menakutkan.

cuma aku tak boleh nak attach dengan watak utama dalam drama ni maybe jiwa dah tak berapa remaja dah sekarang so ada masanya aku tak faham dengan cara pemikiran dan tindakan mereka. kalau first episode rasa kesian bila Lucy dengan rakannya dipergunakan oleh orang dewasa tapi masuk pertengahan cerita ada betul juga kata Inspektor Barnes yang mereka perlukan supervisor atau orang dewasa untuk guide diorang.

sebab Anthony bukan leader yang bagus untuk handle anak buah dia yang masing-masing ikut kepala sendiri. pendek cakap teamwork diorang agak lemah sebab setiap orang ada rahsia tersendiri. kat penghujung, Anthony cakap tak nak berahsia lagi dan nak beritahu Lucy dan George pasal rahsia bilik berkunci tersebut hopefully watak mereka bertiga boleh develop dengan lebih baik dari musim pertama ni.

ending dia tergantung dan masih ada lagi misteri belum terungkai so tunggulah musim kedua pula.

Post a Comment

0 Comments