Isteriku 120 kg (TV1) | Sinopsis Drama

Isteriku 120 kg (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Isteriku 120 kg
Produksi : Media Space Sdn Bhd
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Zarihah Hassan
Siaran : TV1
Tayangan Asal : 12 Mac 2020
Episod : 13
Adaptasi Novel : Isteriku 120 kg (Siti Nur Dhuha)
Pelakon : Amar Asyraf, Jaja Iliyes, Iswan Ismail, Afifah Nasir, Neera Azizi, Fauziah Nawi, Lisa, Mili Supina, Mak Wan

Saksikan drama Isteriku 120 kg lakonan Amar Asyraf dan Jaja Iliyes dan ditayangkan semula di slot Widuri TV1 pada setiap hari jumaat hingga ahad jam 7.00 malam.

Isteriku 120 kg (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Isteriku 120 KG

Aiman (Amar Asyraf) berkahwin dengan Nelydia (Jaja Iliyes) kerana wasiat neneknya demi mendapatkan harta yang akan ditinggalkan kepadanya dan pelbagai cabaran percintaan yang perlu ditempuhinya bagi mencapai impian tersebut.

Pada mulanya, Aiman terkejut melihat saiz tubuh badan Nelydia berbeza waktu mereka bertemu ketika kecil dahulu sehingga Aiman meragui identiti Nelydia. Aiman berbaik dengan Nelydia pun sekadar wasiat dan mahu mendapatkan harta kelak.

Nelydia pula sudah lama menaruh hati pada Shahaikal (Iswan Ismail) namun lelaki itu sangat membenci dan sering memalukan Nelydia. Selepas bertunang dengan Ashikin (Afifah Nasir), Shahaikal mula rapat dengan Nelydia dan hal ini tidak disenangi oleh Aiman.

Dalam masa yang sama, nyawa Nelydia mula diancam bahaya apabila ada orang yang mahu membunuhnya. Apakah kesudahannya, adakah Nelydia akan bertemu dengan kebahgiaannya?

Post a Comment

0 Comments