Behind The Revenge - Fai Luang (2023) | Review Drama Thailand

Behind The Revenge - Fai Luang (2023) | Review Drama Thailand

Title : Fai Luang
Another Title : Behind The Revenge
Director : Oh Kathadeb
Screenwriter : Jeep Teerapat Thanudsornsarn
Network : VIU
Release Date : 11 February 2023
Episodes : 24
Duration : 45 minutes
Cast : Son Yuke, Pim Pimprapa, Bee Namthip, Aon Sarawut, Duu Sanya, Ple Jarunee, Pim Latkamon, Fluke Jira

SYNOPSIS:
Ponwalai, Yodthian's sister, is Prakob's mistress. He devoted his money and himself to her, but she already had another man. When Prakob finds out, he dies of a heart attack and leaves lots of his assets to Ponwalai, which results in his son Noppharuj being furious at both her and Yodthian. Noppharuj chases after them to get revenge, and Yodthian lets him do whatever he wants because she feels guilty over her sister's actions.

Remake dari lakorn lama yang ditayangkan pada tahun 1998, Fai Luang mengisahkan Phonwalai (Bee Namthip) yang mahu membalas dendam kepada keluarga Dr Prakob kerana percaya mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa ibunya.

Behind The Revenge - Fai Luang (2023) | Review Drama Thailand

Dr Prakob (Duu Sanya) seorang yang sangat dihormati kerana suka melakukan kebajikan sehingga dia menubuhkan hospital untuk membantu lebih ramai pesakit. Dr Prakob seorang bapa dan suami yang penyayang dan mempunyai dua orang anak.

Phonwalai masuk bekerja di hospital tersebut sebagai seorang jururawat melakukan pelbagai cara untuk menarik perhatian Dr Prakob sehingga akhirnya lelaki itu tergoda dan mempercayainya.

Namun, Dr Prakob diserang sakit jantung lalu meninggal dunia kerana melihat Phonwalai curang dengan lelaki lain. Selepas Dr Prakob meninggal dunia, Phonwalai mengambil alih pentadbiran hospital tersebut.

Behind The Revenge - Fai Luang (2023) | Review Drama Thailand

Noppharuj (Son Yuke) dan keluarganya terkejut apabila harta dan hospital diserahkan kepada perempuan simpanan bapanya. Dia percaya Phonwalai telah melakukan sesuatu ke atas wasiat bapanya dan berazam untuk membalas dendam pada Phonwalai untuk mengambil semula harta milik keluarganya.

Dalam masa yang sama, Noppharuj  telah salah faham pada adik Phonwalai iaitu Yodthian (Pim Pimprapa) kerana menyangka dua beradik ini bersubahat merampas harta keluarganya. 

Behind The Revenge - Fai Luang (2023) | Review Drama Thailand

Yodthian seorang yang baik hati, hubungan dengan kakaknya pun tak berapa baik sebab Pornwalai benci bila Yodthian pilih untuk mengikut bapa mereka sewaktu parent mereka bercerai dulu.

Selepas beberapa tahun menimba pengalaman, Yodthian kembali bekerja di hospital Dr Prakob kerana terhutang budi pada Dr Prakob yang telah memberi biasiswa dari sekolah sehingga dia berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

Apabila mengetahui perbuatan Pornwalai pada Dr Prakob dan keluarganya, Yodthian sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kemarahan Noppharuj untuk menebus kesilapan kakaknya.

Behind The Revenge - Fai Luang (2023) | Review Drama Thailand

aku excited dengan drama ni sebab Son Yuke, sebelum ni suka dengan watak dia dalam drama Tae Pang Korn dan Leh Game Rak tapi bila tahu Behind The Revenge remake dari lakorn lama so macam ada mixed feeling sebabnya dalam versi remake yang aku pernah tengok setakat ni, boleh bilang drama remake yang  betul-betul menyerlah dari versi original. yang lain tu  jalan cerita dia macam dah tak berapa relevan.

Balik pada cite Behind The Revenge ni, aku pula yang rasa trigger dengan watak Yodthian yang terlebih baik dan naif. iye faham kau nak balas budi jasa baik Dr Prakob tapi dari terima kemarahan Noppharuj dan keluarga yang sebenarnya bukan salah kau pun, ada baiknya pergi nasihat dan fight kakak kau tu. 

geram betul tengok perangai dia takde common sense bawa bunga nama kakak dia hari pengebunian tu, lepas tu biar je orang salah faham yang dia perempuan simpanan. apa masalah heroin ni tak tau..itu belum lagi komen bab hero dia..stress!! baru layan dua episod terus sis give up..haha

 selalunya director remake lakorn lama sebab dia punya populariti but somehow lakorn lama ni akan best kalau penulis improve jalan ceritanya dan buang benda yang tak relevan tapi itulah lakorn macam drama melayu juga..pusing-pusing gitu juga jalan ceritanya.

Post a Comment

0 Comments