Drama Thailand | Leh Game Rak (2020)


Title : Leh Game Rak (เล่ห์เกมรัก)
Another Title : Love Game Trick
Episodes : 26
Duration : 50 minutes
Cast : Esther Supreeleela, Son Yuke, Blue Pongtiwat, Group Sasinrat,
Boy Chokchai, Arm Sukawin, Fresh Arisara


mengisahkan Seifer yg membesar di rumah anak yatim yg terpaksa menyembunyikan identiti sebenarnya iaiti Aici pewaris perniagaan datuknya, Intalaweng Group. Seifer terpaksa melarikan diri setelah datuknya kemalangan dan ibunya pula ditembak pembunuh upahan jadi untuk mengelak dirinya dikesan, Seifer terpaksa menukar nama.

Setelah tamat pengajian, Seifer dan rakan-rakanya bekerja di Bacayagam Group yg mana pemiliknya banyak membantu dan memberi sumbangan kepada rumah anak yatim Seifer. Seifer diarahkan untuk membantu Nan.


Tuan Daichod dan Puan Weimada iaitu pemilik Bacayagam Group mengambil Nicha sebagai anak angkat untuk menggantikan tempat anak lelaki mereka yg telah meninggal dunia iaitu Nan kerana muka Nicha yg seiras dengan anak mereka. sejak itu Nicha terpaksa menyamar sebagai lelaki dan hidup sebagai Nan.

dalam Bacayagam Group terdapat konflik dalaman apabila Pricha,adik kepada Tuan Daichod nak rampas syarikat. disebabkan perangai Pricha yg kuat berjoli dan berjudi, Tuan Daichod mahu pastikan syarikat keluarga mereka kekal selamat selepas bapan Tuan Daichod menamakan Nan sebagai pewaris selepas kematiannya.


Seifer banyak membantu Nan dalam urusan kerja dan juga melindungi Nan apabila Pricha selalu sabotaj kerja Nan dan menghantar orang untuk mencederakan Nan lebih lagi bila dia tahu identiti sebenar Nan.

dalam pada masa yg sama, Seifer rapat dengan adik tirinya bernama Sakura untuk mendapatkan maklumat tentang Intalaweng Group dan juga tentang kesihatan bapanya yg semakin merosot. Seifer dapat tahu yg emak tirinya, Weina cuba hantar orang untuk cari dia dan nyawa bapanya terancam apabila bapanya tidak mahu menyerahkan syarikat secara rasmi kepada Weina.


walaupun drama Leh Game Rak cuma ada 26 episode tapi aku rasa jalan cerita slow giler sampai aku ambil masa yg lama nak habiskan drama ni. drama ni terlalu fokus pada masalah syarikat, konflik dalaman syarikat dan kerja caras tender antara dua syarikat ini yg telah bermusuh selepas Weina mengawal urusan Intalaweng Group.

kalau tengok kisah hidup Seifer dan Nicha agak complicated sebab terpaksa sembunyi identiti sebenar tapi rahsia mereka berdua bukan jadi isu besar sangat. Weina senndiri ada hantar orang untuk cari Aici tapi orang yg siasat boleh pula belot pada Weina dan minta duit pada Seifer. last sekali bila keadaan semua selamat dan aman baru Seifer dan Nicha dedahkan sendiri identiti sebenar mereka.

watak hero dan heroin pula terlalu baik so tak nampak lakonan Ester dan Son Yuke menonjol sangat bila watak mereka terlalu positif. aku pun tak faham kenapa Seifer tak ada sikit pun perasaan marah pada bapanya sebab kalau bapa dia tak curang mengedik dengan si Weina ni dah tentu Seifer tak perlu nak sembunyikan diri.

mungkin sebab sebelum ini aku selalu tengok drama thai yg terlalu intense bila ada konflik macam ni. bila dijadikan watak utamanya terlalu positif, jalan ceritanya terasa hambar sangat.

Post a Comment

9 Comments

  1. Tula kalau jadi belit sangat pun jadi x best . Dah dua dua sorok identities .

    ReplyDelete
  2. aduh, jadi org kaya pun susah kan... hmmm

    ReplyDelete
  3. kdg thailand lakorn ni macam sinetron. jenuh nak tunggu slow motion tu tau

    you know what I mean. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib baik lakorn episode dia tak banyak macam sinentron kalau tidak awal lagi saya give up..hahaha
      kalau tengok drama thai ni saya selalu lajukan speed dia, yes memang penat dgn slow motion tu tapi still juga suka layan lakorn..hehe

      Delete
  4. Memang jenuh la kan kalau jalan cerita slow. Haha

    ReplyDelete