Gatta Kusthi (Netflix) | Review Movie

Gatta Kusthi (Netflix) | Review Movie

Title : Gatta Kusthi
Director : Chella Ayyavu
Network : Netflix
Release Date : 2 December 2022
Duration : 2 hour 24 minutes
Genre : Comedy, Sport
Cast : Vishnu Vishal, Aishwarya Lekshmi, Karunas, Munishkanth, S R Pandiyan

SYNOPSIS:
When wrestling champ Keerthi enters an arranged marriage with a chauvinistic Veera, she scrambles to be a traditional wife while hiding her true self. Veera, a male chauvinist, is seeking a bride with his own preconceived set of conditions. However, he unexpectedly ends up marrying Keerthi who is the polar opposite to his expectations. What will happen when the truth is revealed?

Gatta Kusthi mengisahkan Keerthi (Aishwarya Lekshmi) seorang atlet sukan gusti menghadapi dilema apabila terpaksa melepaskan impiannya dan menerima perkahwinan yang diatur oleh keluarganya.

Gatta Kusthi (Netflix) | Review Movie

Banyak keluarga lelaki yang datang merisik Keerthi membatalkan hasrat mereka apabila mengetahui Keerthi seorang wrestler. Lepas video dia belasah lelaki yang menganggu adiknya menjadi viral makin susah Keerthi nak mencari jodoh.

Kalau diikutkan Keerthi memilihkan untuk teruskan kerjayanya sebagai atlet tapi selepas bapanya jatuh sakit disebabkan dia, terpaksa Keerthi bersetuju untuk berkahwin. Pak cik Keerthi terjumpa kawan lamanya dari negeri lain so cuba nak kenenkan Keerthi dengan anak saudaranya, Veera (Vishnu Vishal).

Gatta Kusthi (Netflix) | Review Movie

Veera agak cerewet juga nak mencari bakal isteri. Nak yang rambut panjang pastu bakal isterinya punya tahap pendidikan mesti bawah dari dia yang belajar sampai level 8 sebab tak nak isterinya nanti melawan cakap dia.

sudah tentu Keerthi jauh dari ciri wanita idaman Veera dengan rambut pendek dan belajar sampai degree. so nak tak nak terpaksa Keerti berlakon dengan imej sopan dan berambut panjang. pada hari Veera datang merisik terus terjatuh hati pada Keerthi dan mereka pun berkahwin.

Gatta Kusthi (Netflix) | Review Movie

filem ni banyak highlight mengenai sport dan women empowerment, bagi aku sangat menarik bila watak Keerthi bukan tipikal heroin yang boleh fight dan protect keluarganya dari ancaman luar. 

masalah bila penulis asyik mention isteri bukan hamba lelaki dan watak Veera kurang menonjol sebab Veera ni macam tak ada pendirian, asyik terpengaruh dengan environment dia yang penuh dengan lelaki toxic. ego dia pun tinggi juga bila rahsia Keerthi terbongkar, dia macam tak boleh terima isterinya dapat lebih perhatian daripada masyarakat dan rasanya dirinya kurang dihormati.

Gatta Kusthi (Netflix) | Review Movie

Gatta Kusthi ada plot yang menarik dan dengan tema arranged marriage, banyak potensi yang boleh naikkan filem ni sebagai rom-com yang menarik. malangnya banyak kelemahan dari skrip writing, banyak scene macam villain kat hujung-hujung tu sebenarnya tak perlu pun. lagi bagus kalau penulis banyakkan screentime antara hero dan heroin supaya kita boleh nampak macam mana pasangan utama develop feeling to each other sebab tak nampak chemistry antara Veera dan Keerthi.

satu benda yang best, filem ni memang kelakar. banyak scene yang aku berdekah gelak. dah lama sebenarnya tak layan filem tamil, bila tengok scene berlawan teringat balik citer tamil yang aku pernah tengok dulu..haha

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Aiseh, filem romantik kalau takde chemistry hero dan heroin memang out la. Tapi kalau in real life mintak jauh lah suami macam Veera. ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. filem ni actually comedy sebab tu i rasa boleh jadi rom-com best kalau banyak scene romantik antara hero dan heroin..

      Delete