Episod Akhir Drama Jesnita

Episod Akhir Drama Jesnita

Berakhir sudah drama Jesnita di slot Tiara Astro Prima dengan barisan pelakon hebat seperti Intan Najuwa, Nasha Aziz, Yusuf Bahrin, Fikry Ibrahim, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Apakah pengakhiran Shafinaz, adakah segala kejahatan Shafinaz dapat dibongkar oleh Jesnita dan Zainal? Teruskan membaca..

Episod Akhir Drama Jesnita

Fauzi (Zach Zaffranz) telah mengkhianati Shafinaz (Nasha Aziz) dengan menyembunyikan Rosemilla (Rozita Che Wan). Fauzi menggunakan Rosemilla sebagai tebusan untuk mendapatkan wang daripada Zainal (Fikry Ibrahim).

Selepas mendapat wang, Fauzi merancang untuk melarikan diri ke luar negara tapi membatalkan hasrat pada saat akhir dan akhirnya telah ditangkap oleh konco-konco Shafinaz.

Sebelum mati, Fauzi memberitahu rahsia gelap arwah suami Shafinaz dan juga satu rahsia besar iaitu Zaid (Malek Mccrone) bukan anak kandung Shafinaz sebaliknya Aidil (Hafidz Roshdi) yang telah mati dibunuh oleh Shafinaz. 

Namun Shafinaz tidak mempercayai apa yang dikatakan oleh Fauzi dan dia merancang untuk membunuh Jesnita.

Episod Akhir Drama Jesnita

Zainal gembira apabila ibunya, Rosemilla kembali dengan selamat dan meminta Rosemilla untuk mengambil alih syarikat mereka setelah Zaid menghilangkan diri. Dalam masa yang Rosemilla dan Jesnita membuat laporan polis dan menyerahkan segala bukti kejahatan Shafinaz kepada pihak polis.

Zainal juga membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinannya dengan Jesnita kerana tahu Rafael (Yusuf Bahrin) masih mencintai Jesnita dan percaya Jesnita masih lagi sayangkan Rafael. Jesnita marah dengan keputusan Zainal.

Atas nasihat Zainal, Rafael cuba memujuk Jesnita dan akhirnya Jesnita bersetuju untuk menerima lamaran Rafael.

Episod Akhir Drama Jesnita

Shafinaz tidak dapat hidup dengan tenang melihat kebahagian Jesnita dengan orang tersayang dan akhirnya dia mengarahkan orang-orangnya untuk menculik Jesnita.

Dalam masa yang sama, Zaid terganggu dari segi mental dan emosi mahu membalas dendam kepada Shafinaz. Walaupun Pak Din dan Rafael cuba menasihatkan Zaid untuk melupakan apa yang terjadi tapi dia nekad untuk mencari Shafinaz.

Melalui Doktor Maria, Zaid berjaya menjejaki tempat persembunyian Shafinaz. Berlaku pergelutan antara Shafinaz dan Zaid yang akhirnya membawa kepada kematian Shafinaz. Polis tiba di tempat kejadian dengan maklumat Rafaeal dan akhirnya Zaid ditangkap dan Jesnita berjaya diselamatkan.

Episod Akhir Drama Jesnita

Selepas dua tahun, Zainal bahagia dengan Aurora (Fathia Latiff) dan mereka mempunyai seorang anak. Jesnita kini bahagia dengan perkahwinannya dengan Rafael. -the end-

Baca juga : Bukan Syurga Pilihan Papar Realiti Perkahwinan Penuh Kehancuran


Drama Jesnita akan diganti dengan drama Bukan Syurga Pilihan lakonan Nadiya Nisaa dan Ungku Ismail yang akan ditayangkan mulai 2 Januari 2022, setiap hari isnin hingga jumaat di slot Tiara Astro Prima.

Post a Comment

1 Comments

  1. Akhirnya yang jahat akan terbalas kejahatannya. Tapi nasha aziz berlakun memang mantap.

    ReplyDelete