Dayan Yuregim - Forever Bound (2017) | Review Turkish Drama

Dayan Yuregim - Stay In My Heart (2017) | Review Turkish Drama

Title : Dayan Yuregim (Stay In My Heart)
Another Title : Forever Bound
Production : Endemol Shine Turkey 
Director : Deniz Çelebi
Released Date : 3 February 2017
Episodes : 13
Cast : Ece Uslu,  Cansel Elcin, Nilay Deniz, Berk Atan, Ege Aydan, Didem Inselel, Brad Berke Bayrak, Tuncer Salman, Fulya Ãœlvan

Dayan Yuregim - Stay In My Heart (2017) | Review Turkish Drama

Dayan Yuregim atau Forever Bound mengisahkan Elvan (Ece Uslu) seorang pengawai perubatan yang tinggal di sebuah kejiranan miskin bersama dua orang anaknya iaitu Seray (Nilay Deniz) dan Selim (Brad Berke Bayrak) dan suaminya, Tahir (Bülent Alkış) yang kaki pukul.

Suatu hari, Selim dilanggar ketika bermain bola di kawasan kejiranan tersebut menyebabkan kakinya lumpuh. Elvan mendapati suaminya mempunyai duit yang banyak selepas kemalangan tersebut. Elvan bangkit berjuang untuk menegakkan keadilan buat anaknya.

Dayan Yuregim - Stay In My Heart (2017) | Review Turkish Drama

Keluarga Sanal merupakan salah satu keluarga terkaya di Turki cuba menutup kesalahan anak mereka, Atif (Berk Atan) yang melanggar Selim dengan mengupah orang lain untuk menerima hukuman bagi pihak Atif. Mereka menghantar Atif ke luar negara selepas kejadian tersebut.

Namun tak lama selepas itu, Atif kembali semula ke Instanbul kerana rasa bersalah dan mahu mengetahui keadaan budak yang dilanggarnya itu. Mak Atif tak mahu anaknya merosakkan keadaan selepas dia cover semua benda dengan baik so dia buat cerita tunjuk yang budak tersebut selamat dan boleh berjalan semula padahal dia upah budak untuk berlakon sebagai Selim.

Atif pula berasa lega bila ingatkan semuanya sudah baik dan teruskan hidup seperti biasa. Tidak lama selepas itu, Atif berkenalan dan jatuh cinta dengan Seray. 

Dayan Yuregim - Stay In My Heart (2017) | Review Turkish Drama

Kisah cinta Atif dan Seray penuh dengan halangan kerana perbezaan darjat. tapi sebenarnya emak Atif tak suka Seray sebab Seray adalah kakak kepada Selim sebab itu dia menghalang kerana tak mahu rahsia mereka terbongkar.

Seray tak tahu sangat details pasal kemalangan tersebut pastu dia pula ada konflik dengan emaknya. so apakah kesudahan kisah cinta Seray dan Atif apabila kebenaran terbongkar?

Dayan Yuregim - Stay In My Heart (2017) | Review Turkish Drama

sebenarnya Tahir sudah menerima pampasan bagi pihak Selim untuk menutup kebenaran sebenar. Keluarga Seray pula jenis yang mata duitan habis semua pakat berebut duit tersebut last-last Elvan juga yang bersusah payah untuk cari duit menampung kos perubatan Selim.

Elvan nak fight untuk kes Selim tapi keadaan menjadi sukar bila dia tahu suaminya sudah mengambil duit pampasan. Elvan kemudiannya bertemu dengan Fuat (Cansel Elçin) seorang penguam yang banyak membantu kerja sosial, Fuat juga yang banyak memberi sokongan kepada Elvan untuk menjadi kuat.

Dalam masa yang sama Fuat mempunyai masalah rumah tangga dengan isterinya, Aysun (Bengi Ozturk) dan hal ini juga turut memberi kesan kepada anak mereka Nazli (Miray Akay).

Dayan Yuregim - Forever Bound (2017) | Review Turkish Drama

jalan cerita Dayan Yuregim agak complicated juga tambahan pula Atif dan Seray tak tahu konflik sebenar antara keluarga mereka. Mereka menyangka hubungan mereka terhalang kerana perbezaan darjat tapi sebenarnya kesalahan Atif pada keluarga Seray.

watak antagonis dalam drama ni boleh tahan juga dia punya annoying. mak Atif satu hal, pastu yang keluarga pakcik Seray pun satu hal juga menyibuk padahal takde kena mengena pun dengan kes Selim. paling kesian dengan Elvan sebab dapat suami tak guna pastu terpaksa bersusah payah menjaga anak-anaknya.

Walaupun complicated tapi plot dia agak menarik juga. aku suka tengok hero dia Berk Atan sebenarnya..haha tapi chemistry dia dengan Nilay memang best.

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments

  1. Fuh bila sebut nama cerita dia, terus fefeeling arab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok cite dia terus boleh cakap arab..haha

      Delete