Mechamato Movie | Sinopsis Filem Animasi

Mechamato The Movie | Sinopsis Filem

Sebuah lagi filem animasi, Mechamato Movie bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 8 Disember 2022 selepas beberapa kali ditunda kerana pandemik Covid-19. Mechamato Movie merupakan filem terbitan Animonsta Studio yang sebelum ini terkenal dengan animasi Boboboi.

Mechamato Movie | Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Mechamato Movie

Mechamato Movie mengisahkan pengembaraan seorang pemuda bernama Amato yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera yang mempunyai kebolehan untuk Mechanize dengan objek lain. Bersama-sama, mereka boleh bergabung menjadi seorang wira berperisai bergelar Mechamato untuk menentang kejahatan dan menolong mereka yang dalam kesusahan.


Tarikh Tayangan Siri Animasi Mechamato

Monsta turut menyenaraikan tarikh-tarikh tayangan siri animasi Mechamato yang sebelum ini ditayangkan di saluran Cartoon Network, untuk tayangan di beberapa lagi platform tambahan. Senarai tayangan siri animasi Mechamato adalah seperti berikut:
  • NETFLIX : mulai 1 Oktober 2022
  • TV9 : mulai 3 Oktober 2022
  • YOUTUBE : mulai 7 Oktober 2022
  • MNCTV : mulai 17 Oktober 2022
  • VIDIO : mulai 21 Oktober 2022
  • TV3 : mulai 4 Disember 2022

Baca juga : 

Post a Comment

2 Comments