Luka Di Hati Diya (TV1) | Sinopsis Drama

Luka Di Hati Diya (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Luka Di Hati Diya
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Eyra Rahman
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 28 November 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 26
Pelakon : Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Syed Mirfan, Nonny Nadirah, Sanjna Suri

Saksikan drama Luka Di Hati Diya yang diadaptasi dari novel karya Hasliza Ismail, bersiaran mulai 28 November 2022 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 6.00 petang di slot Widuri TV1.


Luka Di Hati Diya (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Luka Di Hati Diya

Diya Mirza (Isyariana) seorang gadis pendiam di tempat kerjanya yang sentiasa hidup dalam ketakutan. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya.

Sehinggalah muncul Remmy (Niezam Zaidi), staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.

Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai? 

Post a Comment

0 Comments