Cina Buta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Cina Buta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Cina Buta
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Penulis Skrip : Shahrulezad Mohameddin
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : -
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam

Saksikan drama Cina Buta lakonan Nad Zainal, Ungku Ismail, Puteri Aishad dan Alif Aziz yang bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis pukul 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria.


Cina Buta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pelakon Drama Cina Buta

  • Nad Zainal sebagai Mia Sara
  • Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz
  • Aliff Aziz sebagai Aliff Syukri
  • Puteri Aishah sebagai Habibah
  • Norreen Iman sebagai Norreen
  • Anaz Ridzuan sebagai Ajis
  • Aman Aziz sebagai Umar
  • Didie Alias sebagai Puan Sri
  • Azhan Rane sebagai Tan Sri
  • Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik


Cina Buta (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Cina Buta

Suami isteri yang selalu bergaduh tetapi saling menyayangi. Sukar untuk mereka berkahwin semula kerana sudah tiga kali bercerai. Apa yang membolehkan mereka berkahwin semula adalah di 'Cina Buta'.

Sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. 

Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga. Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. 

Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali 

Dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?

Post a Comment

0 Comments