Wanita Milik Tuan Putra (TV3) | Sinopsis Drama

Wanita Milik Tuan Putra (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Wanita Milik Tuan Putra
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Shuhaimi Zulkefli
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 21 Oktober 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Intan Najuwa, Hisyam Hamid, Sherry Ibrahim, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi, Khaty Azian, Kuza, Aznah Hamid, Tengku Tieya, Zara Delisha

Saksikan drama Wanita Milik Tuan Putra diadaptasi dari novel karya Aunie Ayunie yang bersiaran mulai 21 Oktober 2022, setiap hari isnin hingga jumaat pukul 7.00 malam di slot Akasia TV3.

Wanita Milik Tuan Putra menampilkan gandingan Hisyam Hamid dan Intan Najuwa sebagai teraju utama dan dibantu oleh barisan pelakon popular seperti Sherry Ibrahum, Syazuwan Hassan, Hafidz Roshdi dan ramai lagi, dibawah arahan sutradara Shuhaimi Zulkefli.

Wanita Milik Tuan Putra (TV3) | Sinopsis Drama

Pelakon & Watak Drama Wanita Milik Tuan Putra

  • Hisyam Hamid sebagai Tuan Putra Anaqi 
  • Intan Najuwa sebagai Bunga Zinnirah 
  • Sherry Ibrahim sebagai Tengku Tania

Baca juga : 
Wanita Milik Tuan Putra (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Wanita Milik Tuan Putra

Bunga dihalau keluar oleh bapa angkatnya, Dato Azka setelah melihat Bunga bersama lelaki lain di dalam bilik. Namun, Tuan Putra menghulurkan bantuan dengan menumpangkan Bunga di rumahnya bersama pembantu rumahnya.

Putra berasa simpati dengan insiden yang berlaku kepada Bunga dan atas desakan Dato Azka, Putra membuat keputusan untuk mengahwini Bunga. Perkahwinan Bunga dan Putra tidak disenangi oleh Tania yang selama ini menyyimpan perasaan terhadap Putra.

Insiden yang berlaku kepada Bunga membuatkan Putra berasa simpati membuat dirinya akur untuk berkahwin dengan Bunga atas desakan Dato’ Azka. Di mana ada cinta, di situ ada benci. Tania (Sherry Ibrahim), kakak tiri kepada Putra tidak merestui perkahwinan mereka kerana sudah lama menyimpan perasaan terhadap Putra

Di sebalik sebaris nama Tuan Putra Anaqi, tersimpan seribu rahsia. Bila rahsia terbongkar, Bunga merasakan dia sudah tersesat jauh dalam kehidupan lelaki itu. Sangkanya, dia akan menjadi Wanita Milik Tuan Putra selama-lamanya. Namun..Dendam kelmarin meretakkan mahligai yang dibina.

Takdir yang menemukan mereka dan takdir juga yang memisahkan mereka. Masihkah ada peluang untuk Putra dan Bunga membetulkan segala-galanya?

Post a Comment

3 Comments