Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

Title : Duy Beni (Hear Me)
Production : Surec Film
Release Date : 7 July 2022
Episodes : 20
Duration : 2 hour 10 minutes
Cast : Rabia Soyturk, Caner Topcu, Sümeyye Aydogan,  Durul Bazan, Murat Daltaban, Helin Kandemir,  Burak Can, Taha Bora Elkoca,  Feride Çetin, Gokce Gunes Dogrusoz

Sinopsis: 
Disadvantaged students earn scholarships to matriculate at a privileged kids' high school to investigate an accident that left their best friend paralyzed. They confront prejudice and intrigue, unsure of who is friend, foe, or culprit.



Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

Duy Beni mengisahkan Ekim (Rabia Soyturk) seorang remaja yang mahu mencari dalang yang langgar lari dan menyebabkan kawan baiknya, Leyla (Helin Kandemir) lumpuh akibat kemalangan tersebut.

Ekim menjadi saksi kejadian tersebut tidak dapat melihat pemandu tersebut kerana dia memakai topeng clown tapi jiranya yang bernama Halil sempat kejar kereta tersebut sampai sebuah sekolah private, untuk mengelak kekecohan, pengetuanya telah memberi duit kepada Halil untuk menutup mulut.

Sebagai balasan, pengetua tersebut menawarkan biasiswa kepada tiga pelajar dari kejiranan tersebut. so Ekim menerima biasiswa tersebut untuk menyiasat dan mencari sendiri pemandu tersebut.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

sekolah ni memang untuk tempat orang kaya, pengetua sendiri menjaga pelajar-pelajarnya terutama sekali parent yang memberi pengaruh besar pada sekolah tersebut. dari awal lagi pengetuanya dah cover kes tersebut sebaik mungkin. persoalannya siapa antara pelajar tersebut yang melanggar lari Leyla?

Ekim syak Kanat selepas ternampak topeng clown dalam loker Kanat tapi bila polis periksa, mereka tak jumpa sebarang bukti. Kedegilan Ekim untuk menegakkan kebenaran bagi kawan baiknya sebenarnya telah membawa masalah lebih besar kepada dirinya sendiri apabila menjadi mangsa buli.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

Melisa (Sümeyye Aydogan) merupakan pelajar popular dan macam queen di situ, semuanya mesti berjalan semesti kemahuan plus bapanya pula ada pengaruh besar di situ. luarannya Melisa nampak baik tapi sangat psiko dan dia sangat suka Kanat. kalau ada orang kacau boyfriendnya Kanat macam sengaja cari pasal dengan dia.

Ekim yang masih baru masuk dah provok keadaan bila dia buat report pasal Kanat. Melisa tak puas hati juga bila tengok Kanat makin rapat Ekim then Melisa dengan geng dia start buli Ekim.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

Kanat (Caner Topcu) berasal dari keluarga pengaruh dan kat sekolah, dia jenis yang suka buat hal sendiri dan tiada siapa yang cari pasal dengan dia. tak tahu nak kesian ke tidak tapi environment dia penuh dengan manusia toksik. 

Melisa claim Kanat sebagai teman lelakinya, ada masa Kanat remind yang hubungan mereka dah lama putus tapi ada something antara keluarga mereka yang kadang terpaksa ikut kemahuan Melisa. pertama kali bertemu Ekim, Kanat dah tertarik dengan Ekim tapi situasi tak mudah yang disangka bila Ekim tak habis syak yang dia bertanggungjawab dalam kemalangan tersebut.

dalam keluarga pula, bapanya control everything so kalau Kanat buat salah sikit teruk adiknya, Aziz (Burak Can) kena belasah dengan bapa dia. tak tahu kenapa bapa dia tak pukul Kanat tapi sudah tentu Kanat rasa bersalah sebab nak protect ibu mereka terpaksa tengok Aziz kena pukul. seriusly keluarga Kanat sangat toksik.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

first episode kesian dengan Leyla sebab lumpuh disebabkan kecuaian manusia tapi start episod dua boleh dikatakan watak dia paling annoying sekali selain Melisa. apa yang Ekim buat untuk dia sebenarnya tak berbaloi langsung.

Leyla dah lama minat dengan Kanat, kenal Kanat pun melalui instagram then dapat mesej dengan Kanat mahu tak happy. cuma dia tak tahu orang yang dia mesej selama ini bukan Kanat tapi Aziz yang berpura-pura jadi Kanat.

Leyla ni macam stalker yang obsess pun ada juga, maybe waktu kemalangan effect sekali dengan otak juga kot itu yang makin psiko budak ni. tak suka bila dia tak habis nak moody salahkan Ekim, menyusahkan nenek dia semua sebab lelaki yang dia langsung tak pernah jumpa.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

watak Aziz sangat misteri juga. actually tahu sebab apa dia macam berdendam dengan Kanat cuma tak pasti Aziz ni baik ke jahat. walaupun pelajar lain take part bila ada scene membuli tapi dia lebih suka buat hal sendiri. tak pasti apa motif sebenar dia main mesej dengan Leyla guna nama Kanat.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

watak Ekim berkembang dengan baik sekali. first masuk sekolah tersebut dia nampak sangat naif dan boleh rapat dengan Melisa. lepas teruk kena buli dengan geng Melisa, itu tak buat Ekim tunduk pada mereka sebab dia dah tahu siapa kawan dan siapa lawan.

scene yang dia lawan balik Melisa memang best. ada satu episod Ekim dan kawan-kawan dia kenakan balik Melisa. memang puas hati tengok.

Drama Turki | Duy Beni - Hear Me (2022)

plot overall agak sloppy. bagi aku yang menarik pada misteri kes langgar lari yang berlaku pada Leyla. jenuh juga nak berteka-teki nak tahu pesalah sebenar sebab masing-masing ada motif dan kepentingan tersendiri untuk tutup kes tersebut. isu membuli dalam drama ni agak berat juga sebab scene budak-budak ni membuli seriusly melampau betul.

lakonan barisan pelakon drama ni memang best terutama sekali Ekim dan pelakon yang bawa watak psiko, aish menyirap betul tengok scene mereka.

isu buli bukan something yang baru dalam high school drama tapi not bad la dengan jalan ceritanya sebab Ekim tahu macam mana nak lawan pembuli dia, cuma drama ni biasalah tak boleh nak predict plot dia sebab tak tahu drama ni akan berakhir episod berapa. so overall, drama Duy Beni nak tunjuk yang kalau kau ada duit, kau boleh control everything termasuk undang-undang. 

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments

  1. sampai jadi mata panda layan citer turki ni setiap episod 2 jam hehehe

    ReplyDelete