Syurga Untukmu (TV3) | Sinopsis Drama

Syurga Untukmu (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Syurga Untukmu
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Syed Taufik Al Attas, Lynnda Sharudin
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 14 Julai 2020
Episod : 15
Pelakon : Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Sefik, Fiza Thomas, Azza Elite, Rahhim Omar, Ummar Dzariff

Syurga Untukmu (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Syurga Untukmu

Atikah (Diana Danielle) seotang gadis yang tegas dan berkelulusan tinggi namun memilih untuk bekerja di kampung kerana mahu menjaga ibunya, Jamaliah yang sakit dan tidak mampu berjalan.

Kehidupan Atiqah berubah selepas bertemu dengan Adi (Fahrin Ahmad) yang datang ke kampungnya untuk membeli tanah untuk dibangunkan. Atiqah enggan menjual tanah pusaka milik arwah ayahnya menyebabkan Adi terpaksa menggunakan kaedah yang lebih lembut.

Adi berkawan dan mula rapat dengan Atiqah namun hal ini telah menjadi buah mulut orang kampung sehingga Jamaliah percaya dan marah dengan perlakuan buruk anaknya. Adi membuat keputusan menikahi Atikah demi menyelamatkan maruah gadis tersebut, pada saat itu juga mereka sudah mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Selesai pernikahan mereka, Adi tiba-tiba menghilangkan diri dan membiarkan Atiqah melahirkan anak sulungnya, Aiman tanpa mengenal siapa ayahnya.

Jika benar Adi menyayangi Atiqah, mengapa Adi menghilangkan diri? Bagaimanakah kehidupan Atiqah setelah pernikahannya? Apakah status perkahwinan Adi dan Atiqah selepas itu?

Post a Comment

0 Comments