Suatu Ketika : Langitkan Impianmu | Sinopsis Filem

Suatu Ketika : Langitkan Impianmu | Sinopsis Filem

Filem : Suatu Ketika: Langitkan Impianmu
Produksi : Kash Pictures Network
Pengarah : Prakash Murugiah
Siaran : TV2
Tayangan : 17 September 2022
Masa : Sabtu | 10.30 Malam
Pelakon : Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad

Khas sempena Hari Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan tayangan filem yang melambangkan penyatuan bangsa Keluarga Malaysia di negara iaitu filem “Suatu Ketika: Langitkan Impianmu” pada 17 September ini, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV2.

gabungan genre drama, sejarah dan sukan, filem Suatu Ketika membawakan sebuah cerita berlatarkan era sebelum merdeka tahun 1952, kisah tentang persahabatan, perpaduan dan mengejar impian.

Suatu Ketika : Langitkan Impianmu | Sinopsis Filem

Sinopsis Filem Suatu Ketika : Langitkan Impianmu

Suatu Ketika mengisahkan semangat juang kanak-kanak sekolah kampung menentang pelajar sekolah British di dalam pertandingan bola sepak. Dengan bantuan seorang pekebun sekolah, mereka bersama-sama mengharungi cabaran dan mempelajari semangat setia kawan.

Semangat penonton turut dibakar sama dengan latar cerita biarpun mempunyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba sedaya upaya untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun.

Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup". Adakah kesudahannya mereka berjaya mencapai seperti yang dicita-citakan? Ikuti kesudahannya di TV2.

Post a Comment

0 Comments