Rindu Yang Terindah (TV3) | Sinopsis Drama

Rindu Yang Terindah (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Rindu Yang Terindah
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Emi Sufian
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 16 Mac 2020
Episod : 20
Pelakon : Redza Rosli, Amelia Henderson, Adam Lee, Tunku Affie Rania, Amar Asyraf, Esma Daniel, Beego, Maria Farida, Wan Nor Azlin, Emelda Rosemila, Nazrief Nazri, Hazman Al-Idrus , Wanna Ali, Shahz Jaszle, Doria Rachel, Zaefrul Nordin, Rahim Jailani, Zaryyn Min

Rindu Yang Terindah sebuah drama adaptasi novel Derita Terindah karya Eshal Nuranis yang kini ditayangkan semula setiap hari isnin hingga khamis jam 2 petang mulai Ogos 2022 di TV3.

Sebuah drama arahan Emi Sufian dan diterbitkan oleh OrangeTree Production, Rindu Yang Terindah menampilkan barisan pelakon  popular seperti Redza Rosli, Amelia Henderson dan Adam Lee.

Rindu Yang Terindah (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Rindu Yang Terindah 

Hazil Wafiy (Redza Rosli) dan Airis (Amelia Henderson) yang berkahwin tanpa ada rasa cinta malah selepas berkahwin, Hazil sangat membenci isterinya sedangkan Airis berusaha untuk memenangi hati suaminya.

Airis sebenarnya merupakan tunang kepada Hazieq (Nazrief Nazri) iaitu adik kepada Hazil. Hazieq telah meninggal dunia sebelum majlis perkahwinan menyebabkan Hazil terpaksa menjadi ganti berkahwin dengan Airis.

Airis kemudiannya mendapat tahu Hazill sebenarnya mempunyai masalah buah pinggang dan memerlukan pembedahan namun tidak sempat menerima buah pinggang dari Haziey. Hal ini juga menyebabkan Hazill membenci Airis.

Masih adakah kebahagiaan setelah ada jarak yang memisahkan? Mampukah Hazill mengungkap kata cinta untuk isterinya?

Post a Comment

0 Comments