Bougainvillea (TV3) | Sinopsis Drama

Bougainvillea (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Boungainvillea
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Lynnda Sharudin
Siaran : TV3
Tayangan : 28 Disember 2020
Episod : 15
Pelakon : Beto Kusyairy, Intan Ladyana, Nora Danish, Hanna Aqeela, Wan Nor Azlin, Kirana Batrisyia, Mior Darwish, Ameerul Asyraf, Ziema Din, Jasper Supayah

Bougainvillea (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Bougainvillea

Perkahwinan Adrian (Beto Kusyairy) dan Aryanna (Intan Ladyana) bahagia bersama dua orang anak mereka. Aryanna seorang isteri yang baik dan memahami Adrian yang kuat bekerja sehingga mereka diuji dengan kemalangan tragis yang menyebabkan Aryanna koma. 

Adrian mengambil Mimie (Nora Danish) yang merupakan seorang jururawat untuk menjaga isterinya dan senang dengan kerja gadis itu yang ringan tulang. Namun Mimie mempunyai motif tersendiri dan semakin obses dengan Adrian.

Sejak pertama kali bertemu, Mimie sudah jatuh cinta dengan Adrian dan cemburu apabila melihat layanan Adrian kepada isterinya tambahan pula dia selalu berangan untuk berkahwin dengan lelaki kaya.

Pelbagai usaha yang dilakukan Mimie untuk merampas Adrian daripada Aryanna. Dalam masa yang sama, Aryanna yang sudah sedar dari koma berpura-pura hilang ingatan kerana menyedari Mimie semakin obsess dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat Adrian.

Post a Comment

0 Comments