Bebaskan Anak Kita (TV3) | Sinopsis Telefilem

Bebaskan Anak Kita (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Bebaskan Anak Kita
Pengarah : Feroz Kader
Siaran : TV3
Tayangan : 31 Ogos 2022
Masa : Rabu | 2.00 Petang
Pelakon : Dato Rahim Razali, Amar Baharin, Fizz fairuz, Jay Nazif, Ilyas Khan, Shamshul Danish, Idan Aedan, Husna Mustaffa

Saksikan telefilem khas Bebaskan Anak Kita pada hari kemerdekaan ini yang dibintangi oleh Dato Rahim Razali dan Amar Baharin pada hari rabu pukul 2.00 petang di TV3.

Bebaskan Anak Kita (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Bebaskan Anak Kita

Mengisahkan Rahim yang mahu membawa cucu-cucunya ke Stadium Merdeka dan berkongsi segala cerita suka duka mengenai tempat bersejarah tersebut supaya generasi muda tidak lupa dengan sejarah awal pembangunan Malysia.

Namun, ramai ibu bapa yang mengecam usaha Rahim kerana bagi mereka tidak masuk akal termasuk anaknya sendiri, Razak yang meminta ayahnya berhenti berbuat demikian sehinggalah Razak mendapat tahu ayahnya menghidap kanser tulang tahap akhir lalu meninggal dunia tanpa sempat menunaikan hajatnya.

Razak kemudiannya meneruskan perjuangan ayahnya dan berjaya mengumpul ramai orang ke Stadium Merdeka sempena hari kemerdekaan. Mulai dari tahun itu, Razak bercita-cita untuk memberitahu generasi baru tentang pentingnya nilai kemerdekaan dan juga Stadium Merdeka itu sendiri.

Post a Comment

0 Comments