Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1) | Sinopsis Drama

Pekan Kecil Kampung Terpencil (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Pekan Kecil Kampung Terpencil
Pengarah : Wan Afzam Wan Daud
Penulis Skrip : Amin Masyhur
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 22 Ogos 2022
Masa : 6.00 Petang
Episod : 10
Pelakon : Che Kem, Ziema Din, Fathil Dani, Raja Ema, Khiriah, Wani Kayrie, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, dan Bell Ngasri

Saksikan drama Pekan Kecil Kampung Terpencil sempena hari kemerdekaan ini yang mula bersiaran pada 22 Ogos sehingga 31 Ogos selama 10 episod pada pukul 6.00 petang di TV1.

Sinopsis Drama Pekan Kecil Kampung Terpencil

mengisahkan sebuah perkampungan terpencil yang masyarakatnya hidup harmoni dan saling tolong-menolong dan menghormati seperti sebuah keluarga besar. Penduduk kampung berminat dengan kisah cinta epik antara Dara dan Wadud namun mereka tidak mendapat jawapan kenapa pasangan kekasih itu dulunya berpisah. 

Orang kampung berpakat untuk menikahkan Dara dan Wadud, wakil dihantar untuk merisik sama ada mereka berdua masih mempunyai perasaan antara satu sama lain dan bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.

Wadud bersetuju tapi jawapan Dara disalahertikan oleh  orang kampung yang begitu teruja dan terus bergotong-royong untuk mengadakan kenduri Wadud dan Dara.

Adakah bakal pengantin perempuan tiba seperti yang dijanjikan? Berjayakah mereka melaksanakan pelbagai adat perkahwinan lama seperi yang dirancang?

Post a Comment

0 Comments