Peninggalan Arwah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Peninggalan Arwah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Peninggalan Arwah
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Skrip : PGRs Team, Chinta Nadessha, Okthi Amra
Siaran : TV3
Tayangan : 16 Julai 2022
Masa : Sabtu | 10.00 Malam
Pelakon : Arash Mohd, Fazlina Ahmad Daud, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Syed Irfan, Azzahra Ahmad, Ku Fridah, Aleza Shadan, Izzue Islam, Nafiez Zaidi

Saksikan Telefilem Peninggalan Arwah yang menyentuh isu kekeluargaan dan meruntun jiwa lakonan Arash Mohamad, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi pada hari Sabtu pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3.


Peninggalan Arwah (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Peninggalan Arwah

Azrul menjadi kaya kerana harta peninggalan arwah isterinya namun langsung tidak menjaga kebajikan anak-anaknya, Fatihah dan Faris selepas berkahwin dengan Liyana.

Fatihah dan Faris tinggal dengan nenek mereka, Zainab di kampung setelah kehilangan ibu mereka, Farah yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Semasa hidup, Farah meletakkan hartanya atas nama Azrul kerana anak-anaknya masih kecil dan sukar untuk menguruskan harta itu kelak. Farah juga percaya yang Azrul mampu menjaga anak-anak mereka.

Namun siapa sangka, Azrul tidak amanah dengan harta peninggalan arwah dan menikmati kemewahan tersebut sendiri tanpa mempedulikan kebajikan anak-anaknya.

Post a Comment

0 Comments