Kerusi Kecil (TV1) | Sinopsis Telefilem

Telefilem Kerusi Kecil (TV1)

Telefilem : Kerusi Kecil
Produksi : Adtisha Production
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV1
Tayangan : 16 Julai 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Zizan Razak, Bell Ngasri, Bella Astillah, Fabian Loo, Tisha Shamsir Alam, Jesse Lim, Asri Ismail, Rykal Iskandar, Nik Adam Mika, Qistina Raisah

Nama Ghaz Abu Bakar tidak asing lagi dalam mengarahkan filem popular seperti Polis Evo, Bulan dan Pria Terhebat dan terbaru dengan filem Rompak. Beliau sekali lagi bekekerjasama dengan Zizan Razak dalam telemovie Kerusi Kecil yang ditayangkan pada 16 Julai 2022 di Panggung RTM TV1.

Kerusi Kecil (TV1) | Sinopsis Telefilem

Kerusi Kecil bermula dengan kisah Arman, Adira dan Amirul berkawan sejak sekolah. Arman ni ada minat buat miniature perabot, Adira pula otak bisnes jadi mereka bertiga buat bisnes jual perabot mini yang Arman buat di sekolah. Apa terjadi bila masing-masing sudah dewasa?

Kerusi Kecil (TV1) | Sinopsis Telefilem

Dari trailer, nampak jalan cerita  Kerusi Kecil sangat menarik untuk ditonton dengan watak Arman yang mempunyai konflik tersendiri dalam hidup dan juga impiannya. Cinematography dalam Kerusi Kecil juga nampak mantap sekali dengan lokasi penggambaran yang cantik.

gandingan Zizan Razak dan Bell Ngasri nampak macam best juga sebab masing-masing sangat kelakar dan pernah bekerjasama sebelum ini dalam Bulan dan Pria Terhebat. Selain itu Kerusi Kecil juga menampilkan pelakon seperti Bella Astillah, Fabian Loo, Jesse Lim dan Tisha Shamsir yang juga merupakan penerbit bagi Adtisha Production.

Kerusi Kecil (TV1) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Kerusi Kecil

Kerusi Kecil mengisahkan Arman yang sangat kreatif dan mempunyai minat dalam mengejar impian dalam dunia perniagaan perabot. Tercetus konflik antara Arman dan Danial apabila bapa Danial mahu menyerahkan perniagaan kepada Arman. Adakah Arman berjaya mencapai impiannya?

Saksikan kesemuanya dalam telefilem Kerusi Kecil pada hari sabtu, pukul 9.00 malam di Panggung RTM TV1 atau boleh juga tonton melalui rtmklik.rtm.gov.my

Post a Comment

1 Comments