Saksikan Program-Program Menarik Aidiladha Mulai 9 Julai ini di Astro Oasis


KANDUNGAN MENARIK SEPANJANG AIDILADHA 2022


Program Pelbagai Ikatan Ukhuwah


Pelanggan Astro boleh berhibur dengan program kepelbagaian Astro Oasis pada Aidiladha ini seperti:

· Program rancangan realiti ‘Geng Ngaji: Sebakul Kasih’ yang kembali dengan episod khas Aidiladha, ditayangkan pada 9 & 10 Julai sebanyak dua episod, jam 7.30 petang dan turut menampilkan Ustaz Tarmizi, Ustaz Fakhrul dan Farhatul
· Sebuah rancangan permainan komedi Islam, Tahu Ke Tidok: Edisi PAFA, ditayangkan pada 11 Julai, jam 10.00 pagi dan turut menampilkan PU Azman sebagai pengacaranya

Telemovie Hebat, Pengajaran Padat


Sambutan Aidiladha tahun ini lebih bermakna bersama keluarga dan sanak saudara dengan koleksi telemovie tempatan istimewa yang akan menemani semua pada waktu petang. Astro Oasis (106) akan membawa seleksi telefilem hebat sepanjang Aidiladha termasuk:

· Kisah Allahyarham Dato & S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Datin Umi Kalsom dalam Pintu No.9 Masjid Nabawi, ditayangkan pada 9 Julai, jam 5.00 petang.
· Kisah kejadian pelik yang perlu disiasat menerusi Tanah Kubur, ditayangkan pada 11 Julai, jam 5.00 petang.
· Kisah seorang anak OKU yang telah didera di rumah jagaan dalam Tanah Kubur Hati Hitam, ditayangkan pada 12 Julai, jam 5.00 petang.
· Kisah penggunaan saka dalam ajaran yang dibawa dalam Tanah Kubur Peneman, ditayangkan pada 13 Julai, jam 5.00 petang.
·  Kisah seseorang yang telah difitnah oleh penduduk kampung dalam Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman, ditayangkan pada 14 Julai, jam 5.00 petang.


Dokumentari Ilmiah dan Pemahaman Hijrah


Bagi membuka mata penonton tentang pengalaman mereka yang mengerjakan haji sambil mencurah ilmu menepati semangat sambutan Aidiladha, Astro Oasis juga akan menayangkan dokumentari-dokumentari daripada pelbagai kisah perjalanan ibadah haji serta cabaran-cabaran yang dihadapi termasuk:

· Kisah perjalanan ke Mekah dan Madinah dalam The Days of Hajj, ditayangkan pada 9 Julai, jam 10.00 pagi
· Kisah pembersihan Masjidil Haram dalam One Day in The Haram, ditayangkan pada 10 Julai, jam 5.00 petang 
· Kisah perjalanan lima saudara Muslim berbangsa Cina mencapai impian menunaikan haji dalam The Chinese Haji, ditayangkan pada 10 Julai, jam 10.00 pagi
· Kisah perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah dalam Labayk Allahuma Labayk, ditayangkan pada 10 Julai, jam 1.30 petang.
· Kisah perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu dalam Journey to Mecca, ditayangkan pada 11 Julai, jam 9.00 malam


Senarai Program Sepanjang Aidiladha in di Astro Oasis


1. Pintu No.9 Masjid Nabawi (9 Julai 2022, 5 Petang)


Kisah Allahyarham Dato & S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Datin Umi Kalsom yang bersama-sama mengerjakan ibadah umrah sebagaimana yang diceriterakan oleh anakanda mereka Seniwati Hajjah Noorkumalasari.

2. Tanah Kubur (10 Julai 2022, 11 Petang)


Tok Adi cuba menyiasat kejadian pelik yang berlaku ke atas beberapa orang yang tinggal di daerah yang berbeza dan langsung tiada kaitan.

3. Tanah Kubur Hati Hitam (12 Julai 2022, 5 Petang)


Kamaliah mengesyaki anaknya seorang OKU telah di dera ketika berada di rumah jagaan. Namun, Norma pengasuh rumah jagaan tersebut menafikan itu adalah perbuatannya tetapi Tok Adi tidak mempercayainya.

4. Tanah Kubur Peneman (13 Julai 2022, 5 Petang)

Jebat menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yangterpesong.

5. Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman (14 Julai 2022, 5 Petang)


Khatijah, janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung. Dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya.

6. The Days of Hajj (9 Julai 2022, 10 Pagi)


Dokumentari ini membantu menambahkan pemahaman yang menyeluruh terhadap kisah perjalanan ke Mekah dan Madinah yang merupakan bandar kelahiran Nabi Muhammad SAW.

7. One Day in The Haram (10 Julai 2022, 5 Petang)


Kisah hebat penyelenggaraan dan pembersihan seluruh kawasan yang dilakukan oleh para pekerja di Masjidil Haram.

8. The Chinese Haji (10 Julai 2022, 10 Pagi)


Mengisahkan perjalanan 5 saudara Muslim berbangsa Cina iaitu seorang pemandu, ibu tunggal, guru pengajian Arab dan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai petani. Mereka mengharungi pelbagai kepayahan bagi mencapai impian menunaikan haji pada tahun ini.

9. Labayk Allahuma Labayk (10 Julai 2022, 1.30 Petang)


Labayk Allahuma Labayk mengisahkan perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji. Dokumentari berbahasa Inggeris ini juga akan menyelami sejarah Kaabah dan Batu Hitam.

10. Journey to Mecca (11 Julai 2022, 9 Malam)


Sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. Ia menyingkap bagaimana mereka menemukan jalan dalam menempuh kesusahan, kesulitan serta bahaya yang bakal mereka hadapi.

11. Geng Ngaji: Sebakul Kasih (9 & 10 Julai 2022, 7.30 Malam)


Kisah perjalanan trio sebak bertemu dengan pemanggil dan peminat Program Geng Ngaji di Astro Oasis. Saudara Fakhrul, UstTarmizi dan Farhatul akan menyantuni dengan rasa kasih dan memberi sedikit persembahan kepada orang ramai. 
Pengacara: Ustaz Tarmizi, Ustaz Fakhrul & Farhatul

12. Tahu Ke Tidok: Edisi PAFA (11 Julai 2022, 10 Pagi)


Program komedi Islam yang mengimbau kembali pembelajaran PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain) di kalangan penonton serta selebriti tempatan. Berpandukan soalan-soalan asas PAFA yang dipelajari semenjak di bangku persekolahan. Disertakan juga dengan permainan teka lagu nasyid yang mengimbau kenangan kita pada masa lalu.
Pengacara : PU Azman

Post a Comment

0 Comments