Saksikan Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-3 di Astro Warna

Muzikal Lawak Superstar Musim Ke-3 di Astro Warna

‘GAH BERNADA KAH KAH KAH’; TEMA KESULTANAN MELAYU MELAKA MEWARNAI MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR MUSIM KE-3


Lawak berelemenkan rumpun Melayu menjadi nadi kepada Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 kali ini. Apatah lagi gimik yang dilakukan baru-baru ini mencerminkan nada dan tema rancangan realiti popular yang menggabungkan muzik, lakonan dan komedi lantas menyatukan penyanyi, pelawak, pelakon serta personaliti media sosial untuk menjayakan persembahan setiap minggu.

Sukses yang dikecapi musim-musim terdahulu melihatkan kemahuan para penonton untuk menyaksikan para selebriti melebarkan sayap mereka ke bidang-bidang yang boleh dianggap sebagai bukan comfort zone masing-masing.

12 kumpulan sudahpun dipilih untuk memulakan cabaran sengit yang pastinya akan mewarnai malam Jumaat para penonton Astro. Antara keunikan yang diserapkan adalah penglibatan KOLs ataupun personaliti media sosial mengambil bahagian sebagai peserta. Gandingan unik ini menggegarkan lagi gabungan ‘otai’ bersama generasi muda yang pastinya bakal mengujakan peminat-peminat komedi tanah air mahupun Nusantara.


Musim ini memperkenalkan muka-muka baharu seperti Aya Amiruddin, Puspa Gomen, Qody Rani, Shidi Data dan DD Chronicle. Wajah-wajah dari luar negara turut mewarnai musim ini dengan kehadiran Sarip dan Amin dari Indonesia serta Kinjo dari Jepun.

Nama-nama regular seperti Roy Azman, Ali Puteh, Achey serta penghibur terkemuka negara, Shiha Zikir turut kembali untuk memeriahkan lagi suasana musim ini. 

Mengekalkan susuk figura yang cukup versatil dalam industri seni tanah air, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi akan berperanan sebagai hos Muzikal Lawak Superstar. Beliau bakal digandingkan dengan hos baharu yang akan diperkenalkan pada konsert pertama kelak.

Manakala barisan juri masih diketuai Dato’ Awie yang akan didampingi muka-muka baharu termasuk pelakon dan model tersohor, Siti Saleha dan personaliti serta hos Singapura popular, Najip Ali. Shah Nizam atau lebih dikenali sebagai Shah Slam akan menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik.


Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM150,000, naib juara pula akan meraih RM75,000, tempat ketiga dan tempat keempat masing-masing akan menerima RM50,000 dan RM25,000. 

Muzikal Lawak Superstar musim ke-3 akan berlangsung selama sepuluh (10) minggu dan bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil mulai 22 Julai, setiap Jumaat, jam 9.00 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Warna (saluran 107) dan untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan realiti ini di Astro.

Saksikan juga MLS3 Live+ yang dihoskan oleh Jiggy dan Elly Arifin menerusi Facebook serta YouTube Gempak setiap hari Jumaat pada jam 8.30 malam.

12 kumpulan yang terdiri daripada kombinasi pelawak, selebriti serta KOLs akan bersaing untuk meraih kejuaraan komedi muzikal yang terhebat di Malaysia. Cabaran mingguan akan diberikan berdasarkan lokasi dan peserta-peserta harus menyediakan persembahan mereka denga apa yang ditetapkan. Peserta-peserta diberikan kebebasan untuk menghasilkan karya mereka dengan apa jua jalan cerita namun penceritaan sketsa mereka haruslah berlatarbelakangkan lokasi tersebut.


Pemenang mingguan diberikan peluang untuk memilih MYSTERY REWARD termasuk pemilihan live props, giliran persembahan, satu star advance dan giliran komen daripada juri. Manakala kumpulan yang tersenarai sebagai bottom 3 perlu mempersembahkan lagu denda yang akan ditetapkan.

Selesainya setiap persembahan, pihak juri akan memberi komen dan STAR (Bintang) untuk persembahan mereka. Bintang maksimum adalah 5 untuk setiap juri bagi setiap persembahan. Penjurian pihak juri merangkumi 50% daripada permarkahan keseluruhan.

Manakala 50% yang selebihnya datang daripada undian dalam talian. 20 kredit diberikan untuk setiap pengundi bermula hari Sabtu hingga Khamis dan 50 kredit akan diberikan kepada mereka pada hari Jumaat. Pengundi boleh melayari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Kesemua markah juri dan undian dalam talian akan dijumlahkan untuk menentukan pemenang mingguan serta bottom 3. Kumpulan yang mendapat markah terendah akan disingkirkan.


SENARAI PESERTA MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022


1. KUMPULAN BAHROY : NIZAM JENTIK JENTIK, SHASHIC IEWAN & ROY AZMAN


2. KUMPULAN OOD : MAN RL, CHIWAN & ZAHID


3. KUMPULAN ARTEH : HAS, DEWA & QODY


4. KUMPULAN BENJO : NOXX HAZWAN, FILZAH AZMI & KINJO

5. KUMPULAN SOBAT : CHE MAT, NAJUA P. RAMLEE & DD CHRONICLE


6. KUMPULAN WISEL : WAN GEGAU, SALMAN AL-FARISI & ISKANDAR NORZAMAN


7. KUMPULAN ABIOSO : SARIP, AMIN & PUSPA GOMEN


8. KUMPULAN NGAM : ACHOK CHILOK, WAN WALA & AYA AMIRUDDIN


9. KUMPULAN UBI : FAD BOCEY, SHARIF ZERO & NAME


10. KUMPULAN JOKI : GOMOK GAHAI, FUAD NASIRR & BEBY ACHA

11. KUMPULAN SELIT : AJO, AZMIR AZIZ & SHIDI DATA

12. KUMPULAN CILI : ALI PUTEH, ACHEY & SHIHA ZIKIR



HADIAH KEMENANGAN MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022

Juara : RM 150,000 dan sebuah trofi
Naib Juara : RM 75,000 dan sebuah trofi
Tempat Ketiga : RM 50,000 dan sebuah trofi
Tempat Keempat : RM 25,000 dan sebuah trofI


MUZIKAL LAWAK SUPERSTAR 2022

Facebook Rasmi : Portal Zon Lawak
Tanda Pagar Rasmi : #MuzikalLawakSuperstar#ML S3
Instagram Rasmi : @ZonLawak
Radio Rasmi : Sinar FM
Penaja Utama : OPPO

Post a Comment

1 Comments

  1. alaaa takde astro warna...eh..achey dgn fad berpecah...ala lagi sekali

    ReplyDelete