Telefilem Syurga Tanpa Dosa di TV2


Telefilem : Syurga Tanpa Dosa
Produksi : Zamriez Golden Pictures
Pengarah : Sime Gridgette Zelle
Siaran : TV2
Tayangan : 8 Jun 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, Azrel Ismail, Fauziah Nawi, Dato' Ziela Jalil, Zulkifli Ismail, Shaharudin Thamby, Raja Norbaizura 

Telefilem Syurga Tanpa Dosa mengangkat kisah seorang lelaki yang menceraikan isterinyanya dengan talak tiga. Konflik tercetus bila si isteri keliru memilih bekas suami atau meneruskan hubungan yang baru dibina dengan suami yang baru dikenalinya.

Sebuah telefilem arahan Sime Gridgette Zelle menampilkan Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah dan Azrel Ismail sebagai gandingan utama dan dibantu pelakon hebat seperti Fauziah Nawi, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi.

Telefilem Syurga Tanpa Dosa di TV2

Sinopsis Syurga Tanpa Dosa

Hisham seorang yang panas baran. Dalam satu pertengkaran dia telah menceraikan isterinya Nisya dengan talak tiga. Selepas perceraian tersebut, Hisham menyesal kerana masih sayangkan Nisha. Begitu juga dengan Nisha yang masih mencintai suaminya. 

Hanya ada satu jalan sahaja yang boleh menyatukan mereka semula. Nisha perlu berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan untuk berkahwin semula dengan Hisham.

Untuk memenuhi hasrat mereka berkahwin semula, Hisyam telah memilih sahabat baiknya Aiman untuk dinikahkan dengan Nisha dan berharap Aiman akan menceraikan Nisha dalam waktu terdekat.

Namun adakah Aiman memenuhi janjinya? Bagaimana pula dengan Nisha?

Saksikan kesudahannya dalam Syurga Tanpa Cinta lakonan Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah dan Azrel Ismail pada hari rabu, pukul 9.00 malam di TV2

Post a Comment

1 Comments