Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem TV3


Telefilem : Mencari Siratul Mustaqeem
Produksi : Zamriez Golden Pictures
Pengarah : Hashim Rejab
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 19 Oktober 2021
Pelakon : Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor

Saksikan telefilem Mencari Siratul Mustaqeem lakonan hebat Fauziah Nawi, Fasha Sandha dan Elisya Sandha yang akan bersiaran semula pada hari sabtu, pukul 10.00 malam di Cerekarama TV3.


Mencari Siratul Mustaqeem mengisahkan Hadijah yang bahagia dengan kehidupan bersama anak-anak dan cucu-cucunya. 

Namun Hadijah dilanda ujian apabila terpaksa berjauhan dengan anak-anaknya kerana tuntutan kerja mereka dan jarang menjenguknya di kampung. Ditambah pula apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan, Hadijah terpaksa mengharungi hidup seorang diri.

Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama.

Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang.

Baca juga : 

Post a Comment

1 Comments