Telefilem Manja Jumpa Siput di TV1


Telefilem : Manja Jumpa Siput
Produksi : New Line Film
Pengarah : Dato Jurey Rosli
Penulis Skrip : Zabidi Mohamed
Siaran : TV1
Tayangan : 11 Jun 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Amina Najihah, Hafidz Roshdi, Farah Ahmad, Ezzaty Abdullah, Shafiz Sumari, Miera Sheikh, Lizart Rashid

Saksikan telefilem khas sempena hari guru, Manja Jumpa Siput yang ditayangkan pada 11 Jun 2022, hari sabtu, pukul 9.00 malam di Panggung RTM TV1.


Sinopsis Manja Jumpa Siput

Manja Jumpa Siput mengisahkan pengorbanan seorang guru bernama Farah yang mengajar di kawasan pendalaman di perkampungan Orang Asli dan mencari jalan untuk menarik perhatian anak muridnya yang tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran di dalam kelas.

Salah seorangnya adalah Sofie yang sudah lama tidak ke sekolah dan gemar bermain di dalam hutan. Cikgu Farah mendapat idea menggunakan lukisan untuk menarik perhatian Sofie setelah melihat Sofie sangat berminat dengan haiwan seperti siput dan kucing.

Post a Comment

1 Comments