Sinopsis Drama Histeria The Series di Astro Citra


Drama : Histeria The Series
Produksi : Infinitus Gold
Pengarah : James Lee
Siaran : Astro Citra (108)
Mula Tayangan : 6 Jun 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Episod : 8
Pelakon : Mia Sara, Amelia Christie, Serra Kamal, Sharifah Aryana, Liyana Jasmay, Namron, Ziha Salleh, Ziana Zain, Farah Ahmad, Tony Eusoff, Rawaida Jimi, Mathni Razak, Rosdeen Suboh, Fimie Don, Riesha Aslan, Rawaida Jimi, Tisya Ong, Alvy Joanna, Aznie Azmi

Astro Originals bakal menampilkan sebuah drama siri premium yang mengisahkan misteri pelajar sekolah yang diganggu dengan misteri kematian pelajar 10 tahun lalu, iaitu, ‘Histeria The Series’. 

Drama siri premium ini merupakan kesinambungan daripada filem seram pecah panggung tahun 2008, ‘Histeria’ lakonan Liyana Jasymay, Scha Al-Yahya, Yana Samsudin, Ady Putra dan diarahkan oleh pemenang Best Asean Feature Award di Bangkok International Film, James Lee. Menarik, Histeria The Series mengembalikan pengarah asal filemnya untuk mengarahkan siri premium ini.

Kelainan drama premium kali ini adalah ia mengangkat isu yang semamangnya berlaku dalam kalangan masyarakat kita dari dahulu sehingga sekarang ini iaitu masalah sosial seperti buli dan gangguan seksual di sekolah.

Sinopsis Histeria The Series

Histeria The Series mengisahkan tentang pelajar remaja di sebuah sekolah berasrama mulai dihantui oleh perkara misteri dan membawa mereka untuk menjejak kes pembunuhan yang berlaku 10 tahun lalu di sekolah mereka. Satu per satu insiden dan perkara ngeri berlaku.

Episod pertama Histeria The Series akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 6 Jun ini. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand.

Barisan Pelakon & Watak Histeria The Series

  • Mia Sara sebagai Alia
  • Amelia Christie sebagai Puteri
  • Serra Kamal sebagai Zee
  • Sharifah Aryana sebagai Diana
  • Liyana Jasmay sebagai Murni
  • Namron sebagai Inspektor Ismail
  • Ziha Salleh sebagai Dr. Aishah
  • Ziana Zain sebagai Puan Nora

Saksikan Histeria The Series yang akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap hari isnin jam 9.00 malam, bermula 6 Jun ini.

Post a Comment

0 Comments