Telefilem Hantu Karaoke di TV3


Telefilem : Hantu Karaoke
Produksi : Eleven Field Creative Sdn Bhd
Pengarah : Bade Haji Azmi
Siaran : TV3
Tayangan : 3 Mei 2022
Masa : Selasa | 2.00 Petang
Pelakon : Hazama, Nabila Razali, Nazrief Nazri, Sharifah Shahora, Mak Jah, Nazeera Sardi, Adline Tsen, Kenji Sawahi, Erry Putra

Hantu Karaoke sebuah telefilem seram komedi mengisahkan Abu Bakar yang pergi ke pusat karaoke untuk melepaskan kesedihannya dan bertemu dengan Cumi, seorang wanita yang berada di dalam bilik karaoke dan menyanyi bersamanya. 

Namun, Abu Bakar tidak mengetahui bahawa Cumi adalah wanita yang mati tercekik kacang semasa menyanyi di bilik karaoke dan dibuang ke dalam gaung oleh teman lelakinya. Abu Bakar terkejut menjadi takut dan cuba lari tetapi Cumi menahan dan merayu untuk membantu dia untuk menyempurnakan mayat Cumi.

Saksikan telefilem Hantu Karaoke lakonan Hazama dan Nabila Razali pada hari raya pertama (3 Mei 2022) jam 2 petang di TV3 atau tonton secara percuma di aplikasi Tonton (cinema.tonton.com.my)

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments