Telefilem : Bintang GV Dikejar Zombie
Produksi : Zeel Production
Pengarah : Jamal Khan
Siaran : Astro Citra
Tayangan : 14 Mei 2022
Masa : Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Yassin Yahya, Bandi Amuk, Suki Low, Fauzi Yusoff, Nina Smith, Mosen Nadzli, Marc Syahmie, Iman Aneesa

Tiga bintang dari program hiburan Gegar Vaganza kembali dalam telefilem Bintang GV Dikejar Zombie mengisahkan Yassin, Bandi Amuk dan Suki Low menuju ke sebuah kampung untuk membuat sebuah persembahan khas hari raya. 

Malangnya, segalanya berubah apabila 3 bintang GV itu dikejar zombie di dalam kampung itu yang berkeliaran. Mampukah mereka menyelamatkan diri?

Saksikan telefilem Bintang GV dikejar Zombie yang ditayangkan pada 14 mei 2022, hari sabtu jam 9.00 malam di Astro Citra 108 atau strim melalui Astro GO/ Ultra Box.