Telefilem Ayer Mata Doha di TV2


Telefilem : Ayer Mata Doha
Siaran : TV2
Tayangan : 16 Mei 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Pelakon : Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad, Anis Al-Idrus, Dato' Jalalludin Hassan, Marissa Yasmin, Manan Holio

Telefilem Ayer Mata Doha mengisahkan Alif Zul yang membawa diri ke Doha setelah mendapat tahu dia mengidap tumor. Pemergiannya dirahsiakan dari pengetahuan ibubapa dan juga tunangnya, Fasha. 

Semasa tinggal di Doha, sakit Alif Zul kembali menyerang. Dia bertemu dengan En. Hanafi dan anak perempuannya Rhubi Athirah yang telah bermaustautin di Doha lebih dari 15 tahun. Sepeninggalan Alif Zul, Amri, rakan serumahnya sering bertemu dengan Fasha. Hubungan mereka semakin rapat. Mereka mula menyimpan perasaan dalam diam. 

Selang beberapa lama, kesihatan Alif Zul semakin membimbangkan dan dia terpaksa dihantar pulang ke Malaysia. Kepulangan Alif Zul membuatkan Fasha dan Amri rasa serba salah. Adakah Fasha dan Amri berterus terang tentang perasaan hati mereka kepada Alif Zul? Adakah Alif Zul dapat menerima takdir yang telah ditentukan buatnya?

Saksikan telemovie Ayer Mata Doha lakonan Syazwan Zulkifly, Mia Ahmad dan Anis Al-Idrus, pukul 9:00 malam ini di TV2. [rtmklik.rtm.gov.my]

Post a Comment

0 Comments