PA Lelaki Kerek (TV Okey) | Sinopsis Drama

PA Lelaki Kerek (TV Okey) | Sinopsis Drama

Drama : PA Lelaki Kerek
Produksi : Pro Pictures Sdn Bhd
Pengarah : Haris Kadir
Penulis Skrip : Mazelan Hanan, Siti Hawa Ibrahim
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 4 Mei 2022
Masa : Selasa-Jumaat | 2.30 Petang
Episod : 26
Pelakon : Johan As'ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairil Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry

Sinopsis Drama PA Lelaki Kerek

sebuah drama adaptasi novel karya Rose Eliza mengisahkan kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas terlibat dalam satu kemalangan. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang 'kerek', poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki 'kerek' itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?



Barisan Pelakon PA Lelaki Kerek

  • Johan As'ari sebagai Tengku Irfan
  • Jasmine Suraya sebagai Irdina Asyikin
  • Syafie Naswip sebagai Naufal
  • Wan Sharmila sebagai Melisa
  • Afifah Nasir sebagai Imelda
  • Adi Putra sebagai Irshad
  • Khairil Anwar Aman sebagai Tengku Iqbal

Saksikan Drama PA Lelaki Kerek lakonan Johan A'sari dan Jasmine Suraya Chin, setiap hari selasa hingga jumaat pukul 2.30 petang di TV Okey saluran Astro 146 atau MyFreeView 110.

Post a Comment

0 Comments