Scammer 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Scammer 2 (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Scammer 2
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Norhanisham Muhammad
Penulis Skrip : Sham Hashim, Amin Shakib, Shida Zali, Che Li, Maizura Ederis, Thaaqhib
Idea Asal : Sham Hashim
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 18 April 2022
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Farah Nabilah, Norlia Ghani, Ainina Ahmad, Razzuan Rosli, Mathni Razak, Sharifah Sofia, Shatirah Amanda, Iman Corrine, Azwan Ali, Adam Darwish, Iman Danial, Anuar Rahman

Sinopsis Drama Scammer 2 

Taqriz (Beto Kusyairy) yang mahu menuntut bela atas kematian ayahnya yang menjadi mangsa fitnah dalam urusan penjualan tanah di kampung mereka. Arwah ayahnya juga dituduh menipu orang kampung dan mengaut semua duit jualan tanah.

Rudi (Zahiril Adzim) yang merupakan kawan sekampung Taqriz telah menawarkan diri untuk membantu Taqriz namun Taqriz tidak percayakan sesiapa. Sasaran Taqriz adalah Muna (Iman Corinne), pemilik syarikat hartanah dan Hanif (Azwan Ali), penguam yang dipercayai telah menipu orang kampung dan menjadi ayah Taqriz sebagai kambing hitam mereka.

Dalam misi membalas dendam ini, Taqriz telah menggunakan Liya (Farah Nabilah), bekas scammer yang diburu polis untuk menyelinap masuk ke dalam syarikat Muna dengan menyamar sebagai pekerja baru bagi mengumpulkan bukti berkaitan kes penipuan tanah tersebut. Manakala Taqriz pula menyamar sebagai pembantu penguam dan bekerja dengan Hanif untuk mencari bukti penglibatan Hanif.

Satu demi satu pembongkaran didedahkan sehingga Taqriz sedar ada ramai lagi yang terlibat dalam penipuan tanah itu, termasuklah orang yang dekat dengan dirinya.

Baca juga : 

Post a Comment

0 Comments