Puteri Reunion (TV3) | Sinopsis Drama

Puteri Reunion (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Puteri Reunion
Produksi : Padi Pictures
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Rehal Nuharis
Siaran : TV3
Tayangan : 3 Mei - 6 Mei 2022
Masa : 10.30 Pagi
Episod : 4
Pelakon : Nora Danish, Kenchana Dewi, Intan Ladyana, Siti Fazurina, Beego, Ruhainies, Idris Khan, Aziz M. Osman

Sinopsis Drama Puteri Reunion

Kita Enjoy! Raya ini sebab Puteri dah kembali! Dengan BFF dia, Si Kamala & Anita tu! Memang riuh la jadinya! Tapi Roslan pun ade tau! Terkenang lah tu kan!

Selepas 15 tahun, barisan pelakon drama popular Puteri kembali bergabung dalam Puteri Reunion yang akan disiarkan pada hari raya pertama hingga raya keempat dengan menampilkan Nora Danish, Kenchana Dewi, Siti Fazurina dan Beego.

Puteri Reunion mengisahkan Puteri (Nora Danish), Nadia (Intan Ladyana), Kamala (Kenchana Dewi) dan Anita (Siti Fazurina) yang telah melalui pelbagai fasa kehidupan selepas beberapa tahun. Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. 

Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuat Puteri turut terjebak dalam kekusutan mereka, apatah lagi dengan kemunculan sepupunya, Rania (Ruhainies) yangmembuatkan hidup Puteri semakin porak peranda.

Roslan (Beego) pula mahu menambat semula hati Puteri dan perlu bersaing dengan Hanif (Idris Khan). Adakah Puteri berjaya mencapai impiannya dan menyelesai kekusutan yang berlaku dalam hidupnya?

Post a Comment

1 Comments

  1. cerita legend zaman saya kecik lagi ni..stiap kali cite ni nk start standby depan tv dah! btw jom join GA syidah hehe https://rasyidahsheresimpleblog.blogspot.com/2022/04/e-card-hari-raya-by-rasyidahsheresimple.html

    ReplyDelete