Misi Anak Bulan (TV9) | Sinopsis Drama

Misi Anak Bulan (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Misi Anak Bulan
Produksi : Cinema Stage Production
Pengarah : Haris Kadir
Penulis Skrip : Azal Ezreen
Siaran : TV9
Tayangan : 4 Mei 2022
Masa : 6.00 Petang
Episod : 5
Pelakon : Eina Azman, Aiman Badrul, Idris, Nur Dania Miazara, Ali Aiman, Haziq Cilik, Nina Fazurina, Ezad Lazim, Syed Ali, Natasha Elyzza

Drama Misi Anak Bulan akan ditayangkan pada hari raya kedua hingga keenam setiap 6 petang dan dibarisi barisan pelakon terkenal seperi Eina Azman, Nina Fazurina, Ezad Lazim dan Haziq Cilik yang sebelum ini pernah viral dengan gelaran wartawan cilik.

Sinopsis Drama Misi Anak Bulan

Aiman yang mengikut ibunya, Wani seorang jururawat yang telah dinaikkan pangkat dan diarahkan berpindah ke klinik kesihatan di kampung. Aiman pada mulanya tidak suka tinggal di kampung mula berubah hati apabila dia melihat sekumpulan kanak-kanak bermain berdekatan rumahnya. 

Mereka agak berat hati untuk berkawan dengan orang baharu seperti Aiman. Setelah Aiman memberitahu dia memiliki sebuah teropong yang boleh melihat anak bulan, mereka semua amat teruja kerana mereka ada terdengar perbualan dari penduduk kampung bahawa jikalau hendak raya, perlu pastikan anak bulan muncul dahulu.

Post a Comment

0 Comments