Kerana Aku Isteri Bidaan (TV3) | Sinopsis Drama

Kerana Aku Isteri Bidaan (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Kerana Aku Isteri Bidaan
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Rahim Zali
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 16 Mei 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Episod : 20
Pelakon : Hisyam Hamid, Scha Elinnea, Wanns Ahmad, Jalaludin Hassan, Syafnida Shuhaimi, Nina Nadira, Jasper Supayah, Ellyas Abdullah


Sinopsis Kerana Aku Isteri Bidaan

Rania (Scha Eliana) yang mendakwa dirinya dihamilkan oleh Farel Zafeeq (Hisyam Hamid) kerana tidak mahu berkahwin dengan Haji Meon, duda yang sebaya dengan ayahnya lalu memaksa Farel yang tidak bersalah untuk menikahi dirinya. Di malam perkahwinan mereka, Raina telah mengaibkan Farel dengan tindakan melarikan diri dengan teman lelakinya, Aznor (Wanns Ahmad).

Malangnya Aznor berniat jahat dan telah bertindak menjualkan Rania ke rumah pelacuran. Rania telah ditemui oleh Farel di sebuah pusat hiburan. Setelah mengetahui apa yang diperlakukan oleh Aznor, Farel cuba membeli Rania dengan rancangan untuk menyeksa Rania.

Adakah Farel akan meneruskan rancangannya atau adakah dia akan menjadi suami yang mengembalikan maruah Raina sebagai isterinya memandangkan mereka tidak pernah bercerai?

Post a Comment

0 Comments