Review Movie | Yaksha : Ruthless Operations (2022)


Title : Yaksha: Ruthless Operations
Country : South Korea
Director : Na Hyun
Screenwriter : Na Hyun, Ahn Sang Hoon
Network : Netflix
Release Date : 8 April 2022
Duration : 2 hour 5 minutes
Genre : Action, Thriller, Mystery, Crime
Cast : Sol Kyung Gu, Park Hae Soo, Yang Dong Geun, Lee El, Song Jae Rim, Park Jin Young, Lee Soo Kyung, Jin Kyung, Ikeuchi Hiroyuki, Choi Won Young

A prosecutor determined to restore his name infiltrates Shenyang, China to investigate a Black Ops team and its ruthless leader named Yaksha. But in the city of spies where no one can be trusted, he soon realizes there’s a battle brewing—and the only way out is to join the war.


Yaksha : Ruthless Operations mengisahkan Han Ji Hoon (Park Hae Soo) seorang pendakwaraya yang percayakan keadilan dipindahkan ke NIS selepas gagal mendakwa President Lee Chan Young (Choi Won Young) yang terlibat dengan rasuah.

Untuk kembali semula ke jawatannya, Han Ji Hoon bersetuju menerima misi ke Shenyang untuk manyiasat agent NIS iaitu Black Ops Team yang diketuai Yaksha (Sol Kyung Gu) dipercayai telah menghantar laporan palsu bagi menyembunyikan situasi sebenar di Shenyang.


Shenyang merupakan bandar di China yang terletak bersempadan dengan Korea Utara, ramai perisik dari negara jiran yang berpengkalan di situ. Ji Kang In atau Yaksha seorang ejen NIS yang berpengalaman telah lama bekerja di situ bersama anak buahnya yang terdiri daripada Deputy Hong (Yang Dong Geun), Hee Won (Lee El), Jae Gyu (Song Jae Rim) dan Jung Dae (Park Jin Young).

situasi perang dingin di Shen Yang lebih buruk dari yang disangka sebab melibatkan isu diplomatik antara negara yang terlibat. Bila HQ hantar orang untuk menyiasat mereka, masing-masing rasa tak selesa dengan kehadiran Han Ji Hoon tapi Yaksa merasakan Han Ji Hoon mempunyai kebolehan sendiri untuk terlibat dalam misi mereka.


first half, aku tak faham sangat apa misi Yaksha dan anak buahnya tapi yang aku faham semua pihak dalam ni memburu Moon Byung Uk, yang menjadi perisik dua negara iaitu korea utara dan korea selatan tapi sebenarnya bekerja untuk perisik jepun bernama Ozawa Yoshinobu (Ikeuchi Hiroyuki) atau juga dikenali D7.

Moon Byung Uk menjadi orang penting apabila menyimpan senarai perisik dari semua negara yang bekerja untuk D7. apabila mengetahui niat jahat jepun, Moon Byung Uk mendedahkan senarai tersebut kepada public. 

sebab ni juga D7 mahu menghapuskan Moon Byung Uk dan mendapatkan anak perempuan Moon Byung Uk iaitu Moon Ju Yeon (Lee Soo Kyung) yang telah bekerja untuk bapanya. tugas Yaksha pula untuk melindungi Moon Byung Uk dan anaknya.


first half juga agak rimas dengan perangai Han Ji Hoon, datang ke tempat orang tanpa mengetahui situasi sebenar di situ lepas tu nak buat palatao. tak habis nak remind Black Team yang dia prosecutor, diorang pun tak heran sebab dia bukan ada kuasa di situ plus situasi di Shenyang lebih serius yang perlu diorang pantau dari nak kisahkan amaran Han Ji Hoon.

tapi ada beberapa elemen komedi yang diselitkan dalam scene Han Ji Hoon, bagi aku sangat menjadi dan kelakar untuk redakan situasi tegang dalam filem ni.


so overall, lakonan semua pelakon memang best dan jalan cerita agak menarik tapi agak predictable. satu lagi yang menarik dengan movie Yaksha, ada empat bahasa yang digunakan. kalau korang suka filem aksi dan thriller, bole try tonton filem  Yaksha : Ruthless Operations.

Baca juga :

Post a Comment

2 Comments