Sayang Tak Dikenang (TV3) | Sinopsis Drama

Sayang Tak Dikenang (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Sayang Tak Dikenang
Produksi : FJ Picures Sdn Bhd
Pengarah : Feroz Kader
Penulis Skrip : Shida Zali, Amin Shakib, Mia Marziah
Siaran : TV3/ Disney+Hotstar
Mula Tayagan : 4 Mac 2022
Masa : Isnin-Ahad | 7.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Ruhanies, Fadlan Hazim, Ezzanie Jasny, Syafnida Shuhaimi, Andy Teh, Riz Amin, Meor Mohd, Mimie Amirah, Jasmine Ashraff, Kak Girl

Sinopsis Drama Sayang Tak Dikenang 

sebuah drama adaptasi novel karya Wazrul Shah mengisahkan pertemuan yang tidak disengajakan antara Ayu Izzhani (Ruhanies) dan Raqib Tafzani (Fadlin Hazim). tidak  semena-mena Ayu menjadi tunang sementara Raqib ketika lelaki itu diserang oleh Camelia (Syafnida Shuhaimi).

Namun pada saat Ayu berjumpa dengan tunangannya itu, sahabat sejatinya iaitu Hattin (Ezzanie Jasny) juga bertemu dengan pilihan hati, Tafzani setelah hampir beberapa tahun hati Hattin tidak dihuni gara-gara peristiwa hitam yang membuatkan hatinya bernanah.

Musim bunga mula mekar dalam hati Hattin. Namun langit tidak selalunya cerah. Ada sesuatu yang berlaku sehingga membuatkan episod kebahagiaan dua sahabat ini berubah kepada suatu peristiwa yang penuh duka dan tragis.

Pada masa yang sama, Erick (Andy Teh) yang selama ini menyukai Ayu Izzhani datang menagih janji dan Raqib yang disayangi Ayu Izzhani mula membuat onar. Sementelah pula Tafzani seakan-akan mempunyai agenda yang tersembunyi sehingga menyebabkan renggangnya hubungan persahabatan di antara Ayu Izzhani dan Hattin.

Bertahankah hubungan persahabatan itu? Dan apakah sebenarnya yang disembunyikan oleh Raqib Tafzani?

Post a Comment

1 Comments