Sinopsis Drama Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti di Astro Ria


Drama : Pok Ya Cong Codei : Memburu Siti
Produksi : Porcupine Sdn Bhd, Heritage Movies Sdn Bhd
Pengarah : Sabri Yunus
Penulis Skrip : Sabri Yunus
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 21 Mac 2022
Masa : Isnin-Khamis | 11.00 Malam
Episod : 16
Pelakon : Sabri Yunus, Eman Manan, Wan Hanafi Su, Farid Kamil, Angeline Tan, Zee Khan Hussein, Saidi Sabri, Shazia Rozaini, Issey Fazlisham, Azizul Ammar

Telefilem Pok Ya Cong Codei dan Pok Ya Cong Codei: Siti Di Hati pernah ditayangkan pada tahun 2018 kini kembali dalam drama bersiri Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti yang diarahkan oleh Sabri Yunus dan dibarisi barisan pelakon yang berpengalaman seperti Sabri Yunus, Eman Manan, Wan Hanafi Su, Angeline Tan dan ramai lagi.

Telefilem Pok Ya Cong Codei berkisar kehidupan Pok Ya (Sabri Yunus) seorang gedebe atau samseng dari Kelantan yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari anak seorang Datuk yang konon dilarikan.

Kesinambungan dalam drama bersiri pula, Pok Ya yang gagal dalam perkahwinannya barunya sangat merindui isterinya, Siti (Zee Khan Hussein). Pok Ya sekali lagi pergi ke Kuala Lumpur untuk memburu Siti. 

Sebelum ini ramai tertanya ke mana Siti menghilang dan mereka membuat andaian yang Siti dilarikan oleh Datuk Sahak. Pok Ya tahu Siti ada di Kuala Lumpur dan sedang mengandung anaknya. Pok Ya berharap Siti mengandungkan anak lelaki yang bakal menjadi pewarisnya.

Saksikan kesemuanya dalam Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti yang akan ditayangkan pada 21 Mac 2022, setiap hari isnin hingga khamis jam 11 malam di Astro Ria.

Baca juga:

Post a Comment

3 Comments