Kuasa (Astro Citra) | Sinopsis Drama

Kuasa (Astro Citra) | Sinopsis Drama

Drama : Kuasa
Produksi : Astro Shaw, Skop Production
Pengarah : Kroll Azry
Idea Asal : Shamin Yusof
Siaran : Astro Citra
Mula Tayangan : 11 April 2022
Masa : Isnin | 9.00 Malam
Episod : 8
Pelakon : Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham, Azri Iskandar

Astro Originals membawakan drama terbaru, Kuasa yang mengisahkan sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan yang hidup penuh dengan glamor, kemasyhuran, kerakusan kuasa dan pengkhianatan.

Sinopsis Drama Kuasa

Tan Sri Dhameer telah berada dalam industri hiburan selama 35 tahun dan membina sebuah empayar terbesar dengan syarikat Wira Entertainment. bermula dengan menghasilkan filem-filem tempatan, muzik kemudiannya beralih ke platform pelaburan dan menubuhkan yayasan.

Beliau mempunyai tiga orang anak iaitu Darius, Delilah dan Darma, dan cuba mendidik mereka bahawa terdapat musuh yang jauh lebih besar yang perlu mereka atasi daripada keluarga mereka sendiri. Namun, anak-anaknya saling merebut untuk menjadi waris tunggal syarikatnya.

Adakah ketamakan yang akan menjadi punca kejatuhan empayar Tan Sri Dhameer?

Post a Comment

0 Comments