Khilaf Asmara (TV3) | Sinopsis Drama

Khilaf Asmara (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Khilaf Asmara
Produksi : Radius One
Pengarah : Uchee Fukada
Penulis Skrip : Siti Jasmina Ibrahim
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 18 April 2022
Masa : Isnin-Jumaat | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fattah Amin, Fahrin Ahmad, Amy Mastura, Rahim Jailani, Jerry Zairudin, Bob Shahdan,Auni Zahrah

Sinopsis Drama Khilaf Asmara

Sebuah cerita klise yang tetap kekal relevan sehingga ke hari ini selagi nafsu bermaharajalela di hati. Khilaf Asmara mengisahkan dua beradik iaitu Irma (Nelydia Senrose) dan Hanim (Fasha Sandha) yang sangat rapat sehingga berlaku pengkhianatan antara mereka.

Irma bahagia dengan perkahwinan bersama Luqman (Fattah Amin), begitu juga Hanim yang mendirikan rumah tangga dengan Aizat (Fahrin Ahmad). Namun Hanim mula berubah dan dalam diam mempunyai hubungan dengan Luqman.

Bagaimana perasaan seorang adik apabila mengetahui suaminya dirampas oleh seorang perempuan yang dianggap seperti kakak?

Post a Comment

0 Comments