Sinopsis Drama Harith Fayyadh di Akasia TV3


Drama : Harith Fayyadh
Produksi : Sha's Media Sdn Bhd
Pengarah : Ayie Mustafa
Penulis Skrip : Mama Bella, Mohd Shahremy Ikmal
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 1 April 2022
Masa : Isnin-Ahad | 6.58 Petang
Episod : 7
Pelakon : Hafidz Roshdi, Adam Lee, Nad Zainal, Cahaya Nilam, Julia Farhana, Hasnul Rahmat, Dynas Mokhtar, Badrul Muhayat, Shamsul Ghau Ghau, Zoul Muhammad, Fauziah Nawi, Ameerul Asyraf

Drama Harith Fayyadh akan ditayangkan di slot Akasia TV3 mulai 1 April 2022 bagi menggantikan drama Sayang Tak Dikenang. Sebuah drama arahan Ayie Mustafa dan dibintangi oleh Hafidz Roshdi, Adam Lee dan Nad Zainal.

Harith Fayyadh mengisahkan dua-beradik tiri dihimpit konflik dan konspirasi angkara harta warisan keluarga. Harith (Hafidz Roshdi) dibenci oleh ibunya, Arisa (Dynas Mokhtar) kerana arwah suaminya, Bakri yang telah mencurangi dirinya. Arisa seakan nampak bayangan Bakri di wajah Harith.

Dato Ainon (Fauziah Nawi) gembira melihat cara Kamal (Hasnul Rahmat) melayan Harith yang tidak sempat merasa kasih sayang daripada seorang ayah. Beliau mahu Harith dan Fayyadh (Adam Lee) mengambil alih perniagaannya. Namun, Harith memilih bidang agama berbanding Fayyadh yang lebih cenderung kepada dunia glamor.

Adakah Harith dan Fayyadh bahagia dengan jalan yang dipilih mereka?

Saksikan kesemuanya dalam drama Harith Fayyadh lakonan Hafidz Roshdi dan Adam Lee pada setiap hari, jam 6.58 malam mulai 1 April 2022 di slot Akasia TV3.

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments

  1. macam menarik jugak drama ni. Siapa agaknya dapat jadi pewaris harta tu

    ReplyDelete