Sinopsis Drama Beriani Gam Kak Aspalela di Astro Ria


Drama : Beriani Gam Kak Aspalela
Pengarah : Waan Hafiz
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 30 Mac 2022
Masa : Rabu | 9.30 Malam
Pelakon : Sheila Mambom, Cik Manggis, Chacha Maembong, Sharifah Aryana, Nick Davis, Zalif Sidek

Gempak Original Series meneruskan kesinambungan dengan drama komedi terbaru, Beriani Gam Kak Aspalela arahan Waan Hafiz dan dibintangi oleh Sheila Mambo, Cik Manggis, Chacha Maembong dan Sharifah Aryana.

Drama Beriani Gam Kak Aspalela mengisahkan Kak Aspalela (Sheila Mambo), seorang penjual nasi beriani gam yang disukai ramai dan setiap ramadan nasi beriani Kak Aspalela amat laris dan dicari-cari di TTDI.

Bagaimanapun, anak-anak gadisnya, Ukisha (Cik Manggis), Umaya (Chacha Maembong) dan Ulala (Sharifah Aryana) amat malas untuk membantunya di warung. Mereka lebih berminat untuk menjual produk kosmetik.

Suatu hari Kak Aspalela berpura-pura hilang ingatan. Demi menyelamatkan perniagaan warung ibu mereka, anak-anak gadis Kak Aspalela terpaksa belajar untuk memasak Nasi Beriani Gam mengikut resepi ibu mereka. Adakah mereka berjaya untuk menyelamatkan perniagaan ibu mereka? 

Untuk mengetahui nasib warung ‘Beriani Gam Kak Aspalela’. Saksikan kesemuanya dalam drama Beriani Gam Kak Aspalela yang akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam bermula dari 30 Mac 2022 di Astro Ria saluran Astro 104.

Baca juga:

Post a Comment

1 Comments

  1. macam kelakar je drama ni. dah la ada sheila mambo jadi watak utama.

    ReplyDelete