Review Movie | The Pirates: The Last Royal Treasure (2022)


Title : The Pirates: The Last Royal Treasure
Director : Kim Jung Hoon
Screenwriter : Chun Sung II
Network : Netflix
Release Date : 26 January 2022
Duration : 2 hour 5 minutes
Genre : Action, Adventure, Historical, Comedy
Cast : Kang Ha Neul, Han Hyo Joo, Lee Kwang Soo, Kwon Sang Woo, Chae Soo Bin, Oh Se Hun, Kim Sung Oh, Park Ji Hwan, Jo Sung Joon, Kim Ki Doo, Park Hoon

Join the adventure of a ship of murderous but merry misfits as they troll the deep blue sea for sunken treasure belonging to the royal family.
Former bandit leader Woo Moo Chi and his right-hand man Kang Seob prefer a life aboard ship. Captain Hae Rang and her motley crew set sail to lay claim to the bounty only to face some unwelcomed competition from Bu Heung Soo.


The Pirates: The Last Royal Tresure mengisahkan Moo Chi (Kang Ha Neul) ketua penyamun yang diselamatkan oleh ketua lanun, Hae Rang (Han Hyo Joo) ketika hanyut di tengah laut bersama kumpulannya.

Sedar tak sedar sudah tiga bulan Moo Chi dan kumpulannya berada di atas kapal tersebut sehingga orang bawahan Hae Rang tak senang melihat kelakuan mereka yang cuma makan dan tidur tanpa melakukan sebarang kerja.

Suatu hari, mereka membuat keputusan untuk menrompak kapal jepun yang berlayar masuk ke kawasan mereka namun hampa apabila tidak menjumpai sebarang harta berharga sebaliknya mereka mendapat maklumat yang kapal jepun tersebut dalam misi mencari harta karun.


Hae Rang dan Moo Chi membuat keputusan untuk mencari harta karun yang kononnya dikatakan harta khazanah Goryeo yang dibawa lari oleh jeneral terakhir Goryeo untuk membina negara baru.

Di sini berlaku konflik apabila Hae Rang memberi kata dua kepada Moo Chi dan kumpulannya sama ada menjadi lanun dan mengakui Hae Rang sebagai ketua mereka ataupun pergi dari situ. semua ahli kumpulan Moo Chi setuju untuk mengikut Hae Rang sebaliknya Moo Chi membawa haluan sendiri sebab tak nak jadi orang bawahan Hae Rang.

ada beberapa peristiwa yang terjadi yang menyebabkan Moo Chi akhirnya bersetuju mengikut Hae Rang dan bekerjasama mencari harta karun tersebut.


Selain Hae Rang dan Moo Chi, Boo Heung Soo (Kwon Sang Woo) dan orang bawahannya juga dalam misi memburu harta karun tersebut. matlamat Boo Heung Soo adalah untuk membina sebuah kerajaan baru dengan menggunakan harta karun tersebut.

at first asyik fikir kenapa muka orang jahat ni macam Kwon Sang Woo, bila check balik memang betul Kwon Sang Woo yang pegang watak Boo Heung Soo..haha. sorilah tak cam pula sebab nampak lain Kwon Sang Woo make up dalam filem ni plus tak biasa tengok dia bawa watak antagonis. tapi macam biasa sangat mantap lakonan dia.


watak Lee Kwang Soo sebagai Mak Yi dalam filem The Pirates sebijik macam watak dia dalam Running Man. tak habis khianat geng dia, bila dapat jadi ketua lanun kemain berlagak dia membuli orang bawahan. 

geram pula tengok si Mak Yi ni nasib baiklah geng lanun tak tanam dia hidup-hidup. tapi seriuslah watak ni antara yang buat korang terhibur sepanjang menonton filem ini.


plot dan jalan cerita  The Pirates: The Last Royal Tresure sangat menarik, elemen komedi juga diselit dengan baik. barisan pelakon sangat mantap. so overall sebuah filem komedi yang menghiburkan untuk ditonton. Highly recommended.

Post a Comment

4 Comments

  1. Best giler cerita ni. Tabik team produksi. Semua pelakoj hampir tak dikenali sebab nampak lain sangat. Tgk Hae Ra, eh.. macam kenal la dia siapa eh. Hahah rupanya Best best

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalunya tgk dalam modern drama muka cantik dan bersih. sekali berjambang dgn rambut serabai tak berapa nak cam sangat lah pelakon dia..haha

      Delete
  2. Pelakon-pelakon dia nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. barisan pelakon dia sangat best. kalau cari drama komedi, sangat rekomen utk tengok filem ni :)

      Delete