Review Movie | Love is Color Blind (2021)


Title : Love is Color Blind
Director : John Leo Garcia
Network : Netflix
Release Date : 10 December 2021
Duration : 1 hour 55 minutes
Genre : Comedy, Romance, Youth
Cast : Donny Pangilinan, Belle Mariano, Jeremiah Lisbo, Angelina Cruz, Lloyd Samartino, Eula Valdez, John Lapus


Through the years, Cara develops feelings for Ino but comes to the conclusion that it's only one-sided. Ino also suffers from color blindness and swears off love...that is until a new girl, Iris, comes into his life. Things get even complicated with the addition of someone from Cara's past, Sky.


Love is Color Blind mengisahkan Cara (Belle Mariano) yang mengikuti kursus pendek di Hong Kong dan mendapat tawaran kerja di sana namun pulang semula ke Filipina untuk mengubahsuai bakery kecil peninggalan ayahnya yang kini diuruskan oleh ahli keluarganya.

tujuan sebenar Cara adalah untuk berjumpa dengan kawan baiknya, Ino (Donny Pangilinan) yang langsung tidak membalas mesejnya ketika dia berada di sana.

Cara dan Ino berkawan baik sejak di sekolah lagi tapi Cara dah lama crush dengan Ino sejak hari pertama berpindah sekolah ke situ tapi kecewa bila Ino tak pandang dia lebih dari seorang kawan. bila Cara meluah perasaan pun, Ino cuma mengganggap sekadar gurauan.


Ino mewarisi bakat melukis dari ibunya, seorang pelukis terkenal dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis. namun segala berubah apabila Ino dan ibunya terlibat dalam kemalangan yang mengakibat ibunya meninggal dunia dan Ino pula buta warna. Ino masih rasa bersalah atas kejadian tersebut, dia bekerja keras untuk menyara hidupnya dan juga untuk melangsaikan hutang ibunya.

sebenarnya Ino tahu Cara menyimpan perasaan kepadanya tapi rasa diri sendiri tak layak dengan kekurangan yang ada dan juga masih terkesan dengan kematian ibunya.


Suatu hari, Ino membuat keputusan untuk menyiapkan lukisan terakhir ibunya bagi pameran solo karya ibunya. Iris (Angeline Cruz) yang merupakan curator di situ, memberi terapi warna kepada Ino untuk membantunya melukis semula

Cara yang melihat Ino banyak meluangkan masa dengan Iris mula merasa cemburu. dalam masa yang sama, Ino rasa tergugat apabila rakan sekolah mereka, Sky (Jeremiah Lisbo) yang baru kembali dari luar cuba mengejar cinta Cara.


Love is Color Blind sebuah filem bertemakan romantik komedi, plot dan jalan ceritanya sangat menarik dan menghiburkan. tapi apa yang aku suka dengan filem ini adalah pelakon dan chemistry antara Cara dan Ino. aduh comel betul tengok gelagat si Cara ni.

first half banyak scene yang menghiburkan tapi masuk bahagian kedua agak sedih bila terjawab persoalan kenapa Ino tak boleh terima Cara. tapi yang penting kena belajar sayang diri sendiri dahulu lebih dari orang lain dan kejar cita-cita. pengakhirannya happy ending. kalau korang mencari filem rom-com bolehlah cuba menonton filem Love is Color Blind.

Post a Comment

2 Comments