Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta di Astro Ria


Drama : Jangan Menangis Cinta
Produksi : SR One Sdn Bhd
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : Wan Mahani Wan Hassan
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 21 Mac 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 40
Pelakon : Amyra Rosli, Remy Ishak, Halim Radzi, Rita Nadira, Rahim Jailani, Fadilah Mansor, Khaty Azian, Idhzam Ismail, Shaifah Hawra Fatimah, Wanns Ahmad, Ku Fridah, Atilia Haron, Fiza Thomas, Hilal Azman, Kiah Propa, Cahaya Eina

Jangan Menangis Cinta sebuah drama adaptasi novel Jangan Menangis Cinta karya Siti Rosmizah mengisahkan Riyana (Amyra Rosli) yang berasal dari keluarga sederhana dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim (Remy Ishak) telah menghuru-harakan hidupnya.

Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz (Halim Radzi) makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia.

Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya.

Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna.

Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.

Saksikan kesemuanya dalam drama Jangan Menangis Cinta lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli yang akan bersiaran pada 21 Mac 2022, setiap isnin hingga khamis jam 10 malas di slot Megadrama Astro Ria.

Lagu Tema/OST Jangan Menangis Cinta: 
  • Idayu - Jangan Menangis Cinta

Baca juga:

Post a Comment

2 Comments