Sinopsis Telefilem Daffodil Lara di TV2


Telefilem : Daffodil Lara
Produksi : Pena Creative Sdn Bhd
Pengarah : Rahila Ali
Penulis Skrip : Siti Jasmina
Siaran : TV2
Tayangan : 15 Februari 2022
Masa : Selasa | 9.00 Malam
Pelakon : Amyra Rosli, Amar Baharin, Hafeez Mikail, Marisa Jasmin

Daffodil Lara mengisahkan Lara (Amyra Rosli) yang menguruskan kafe milik ibunya, Jane (Marisa Yasmin) di Cardiff. Manakala Hairi (Amar Baharin) adalah pelajar universiti yang bekerja sambilan di tempat yang sama. 

Hubungan Hairi dan Lara sangat rapat, mereka saling memahami dan berkongsi segala suka dan duka. Dalam diam Hairi menaruh hati pada Lara namun Lara seing mengelak berbicara soal hati kerana masih bersedih dengan kematian kekasih dan ayahnya sehingga bersedia menerima lelaki lain dalam hidupnya.

Segalanya berubah apabila Lara bertemu dengan Ilham (Hafeez Mikail) dan jatuh hati dengan lelaki tersebut. Namun terungkai satu rahsia besar yang tidak diketahui Lara, Ilham sebenarnya anak susuan Jane dari usia bayi sehingga berumur dua tahun dan selepas itu hubungan keluarga mereka terputus.

Berat untuk Lara dan Ilham menerima hakikat bahawa mereka adalah saudara susuan. Lalu apakah penyudahnya? Bagaimana pula dengan Hairi yang masih menyimpan perasaan kepada Lara?

Saksikan kesemuanya dalam telefiilem Daffodil Lara arahan Rahila Ali yang akan disiarkan semula pada 15 Februari 2022 di TV2.

Post a Comment

0 Comments