Sinopsis Drama Ulya Dini di Astro Ria


Drama : Ulya Dini
Produksi : Global Station Sdn Bhd
Pengarah : Tam Suhaimi
Siaran : Astro Ria 104
Mula Tayangan : 14 Februari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 20
Lagu Tema/OST : Chubb E - Tiada Noktah
Pelakon : Shaza Bae, Hun Haqeem, Afiq Muiz, Fara Nadiah, Catriona Ross, Syazlin Zainal, Che Kem, Nor Albaniah

Ulya Dini mengisahkan Ulya (Shaza Bae) yang dulunya berbadan besar dan sering dibuli terutamanya oleh Lin (Syazlin Zainal) dan Dini (Hun Haqeem), abang kepada kawan baiknya, Hamdan (Afiq Muiz). 

Selepas kematian ayahnya, Ulya menyambung pengajian di Amerika Syarikat. Sejak itu gaya hidupnya mula berubah dan berjaya menurunkan berat badan. kini Ulya merupakan influencer gaya hidup dan kesihatan dengan 80000 pengikut dari seluruh dunia. Pengikut Ulya memujanya tetapi mereka tidak tahu Ulya sebenarnya mempunyai masalah bulimia dan seorang panik.

Selepas tamat pengajian Sarjana Muda, Ulya berpeluang menyambung ke peringkat pengajian Siswazah tetapi terpaksa pulang ke Malaysia untuk menolong ibunya jual rumah mereka. Ulya berasa berat hari kerana selama ini ibunya kurang memberi perhatian kepadanyanya namun dia pulang juga ke Malaysia.

Di Malaysia, berlaku satu insiden yang mencetuskan serangan panik Ulya selepas pertemuannya dengan Lin yang pernah membulinya dengan teruk yang akhirnya juga mempertemukan Ulya dengan Hamdan dan Dini. Insiden itu juga memberi idea kepada Ulya untuk bantu Hamdan yang dulunya kurus kini sudah gemuk dan kembali ke gaya hidup sihat. 

Kerana perasaan cemburu, tertekan serta dendam yang terpendam dalam hati masing-masing telah menyebabkan beberapa insiden dan konflik berlaku antara Ulya, Dini, Hamdan, Lin dan Najwa sekaligus merapatkan hubungan Ulya dan Dini.

Post a Comment

1 Comments