Sinopsis Drama La Luna di TV2


Drama : La Luna
Produksi : Tenview Production
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 13 Februari 2022
Masa : Jumaat - Ahad | 8.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Zahiran Macwilson, Azrel Ismail, Julia Ziegler, Nasha Aziz, Elisya Sandha, Afiq Muiz, Steve Yap, Adam Corrie, Aaron Al-Fateh

La Luna sebuah drama terbaru di Drama On2 TV2 yang dibarisi barisan pelakon baru dan berpengalaman seperti Zahirah Macwilson, Azrel Ismail, Nasha Aziz danrama lain. penggambaran drama ini bermula pada tahun 2017 di beberapa lokasi menarik seperti Eropah, Bosnia dan Batam.

Drama La Luna mengisahkan Luna (Zahirah Macwilson) seorang penguam yang membela nasib seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Melalui gadis ini, Luna mendapat maklumat berkaitan sindiket tersebut dan ketuanya, Juan. Malangnya gadis tersebut dibunuh oleh orang suruhan Juan. Luna rasa bersalah kerana gagal memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada gadis tersebut.

Luna kemudiannya dipanggil sebagai saksi pendakwa kes perbicaraan Juan, kini hidup Luna dalam bahaya kerana diekori orang suruhan Juan dan mereka menghantar mesej ugutan kepadanya. Dalam perjalanan ke pejabat, kereta Luna juga diekori oleh seorang lelaki yang kemudian cuba menembaknya.

Saksikan kesemuanya dalam La Luna, setiap hari jumaat hingga ahad jam 8 malam mulai 13 Februari 2022 di Drama On2 TV2.

Post a Comment

1 Comments

  1. Katanya drama ni dah lama shoot tahun 2017 kot tak silap. Tapi baru sekarang ditayangkan. Best jugak tengok drama aksi.

    ReplyDelete