Janji Pada Hati (TV Alhijrah) | Sinopsis Drama

Janji Pada Hati (TV Alhijrah) | Sinopsis Drama

Drama : Janji Pada Hati
Produksi : MDAG Marketing Production Sdn Bhd
Pengarah: Sham Jr.
Siaran : TV Alhijrah
Mula Tayangan : 7 Februari 2022
Masa : Isnin-Selasa | 6.00 Petang
Episod : 13
Pelakon : Ezzaty Abdullah, Azwan Kombos, Hazwani Helmi, Raysa Sofea, Puteri Rayyana Rayqa

Sinopsis Drama Janji Pada Hati 

Dahlia (Ezzaty Abdullah) seorang suri rumah sepenuh masa yang amat tabah dalam menjaga rukun kebahagian di dalam rumah tangganya. Dahlia mempunyai seorang anak bernama Aina (Puteri Rayyana).

Walau luaran kelihatan bahagia, namun Dahlia sering kali merasakan terkurung. Tidak seperti suaminya Ezani (Azwan Kombos) yang sentiasa sibuk dengan kerjanya. Hal ini bertambah buruk apabila mengetahui kekasih lama suaminya, Maira (Raysa Sofea) mula bekerja sebagai peguam kepada syarikat Ezani.

Disebabkan itu, Dahlia meminta bantuan Laila (Hazwani Helmi) yang bekerja di syarikat Ezani untuk mengintip suaminya di tempt kerja. Dalam masa yang sama, Laila memberi amaran kepada Maira dan memberi nasihat kepada Ezani supaya menjaga kebahagian rumah tangganya.

Konflik semakin tegang apabila Dahlia terjumpa penyata bank tempahan hotel dan pembelian barangan berjenama daripada kad kredit Ezani lalu tekad untuk bersemuka dengan Maira. Namun hatinya hancur apabila melihat kelibat Ezani dan Maira yang kelihatan mesra.

Dahlia melulu pulang ke rumah malangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga koma. Dengan takdir Allah Dahlia tersedar dari koma yang panjang. Namun begitu, segalanya kelihatan amat mengelirukan.

Kehidupan Dahlia seperti berputar kembali ke zaman silam. Malahan jeritan ibunya agar dia lekas pergi ke kelas pengajian benar-benar membuatnya keliru. Dahlia terkejut kerana dia masih pelajar di universiti. Dia juga bukan isteri Ezani. Malah, Aina juga tidak pernah wujud sama sekali.

Apakah yang sebenarnya sedang terjadi? Adakah ini semua adalah khayalan Dahlia? Benarkah Dahlia pernah menjadi isteri Ezani?

Post a Comment

0 Comments