Cinta Amnesia (TV3) | Sinopsis Drama

Cinta Amnesia (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Cinta Amnesia
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Adza Emie, Siti Solehah Abd Ghani
Siaran : TV3/VIU
Mula Tayangan : 12 Februari 2022
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Lagu Tema/OST Cinta Amnesia : Iqwan Arif - WOW
Pelakon : Riena Diana, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Anas Ridzuan, Nadzmi Adhwa, Faezah Elai, Zynakal

Sinopsis Drama Cinta Amnesia 

Laura Madeena (Riena Diana) yang baru berusia 19 tahun dan akan menghadapi peperiksaan STPM. Laura seorang yang pemalas dan kuat berangan, dia selalu merasakan dirinya yang terbaik di kampung tersebut dan bercita-cita menjadi pelakon terkenal.

Sikap Laura itu tidak digemari abang sulung, Latef (Bell Ngasri) kerana langsung tidak mempedulikan hal pelajaran sedangkan peperiksaan semakin hampir. Latef juga tidak suka dengan perangai emaknya, Puan Laila (Jasmin Hamid) yang terlebih manjakan Laura kerana Laura merupakan satu-satu anak perempuannya.

Selain Latef, Laura mempunyai dua orang abang lagi iaitu Leon (Anas Ridhuan) dan Lukeman (Nadzmi Adhwa), dan Julia (Faezah Elai) pula kakak iparnya iaitu isteri kepada Latef.

Cinta Amnesia (TV3) | Sinopsis Drama

Suatu hari, Laura meluahkan perasaannya kepada seorang pemuda bernama Yasin malangnya dirinya bukan sahaja ditolak malah dikutuk lelaki itu. video kejadian tersebut telah viral sehingga semua orang kampung menertawakan Laura.

Malu dengan apa yang berlaku, Laura berpura-pura hilang ingatan selepas terlibat dalam kemalangan. Sejauh manakah dia mampu berlakon dan menipu semua orang? Adakah abang-abangnya mampu melayan perangai adik mereka yang suka berdrama ini?

Post a Comment

1 Comments

  1. hahaha mesti kelakar bila dia berlakon amnesia tu. Sesuai sangat Riena Diana ni berlakon watak Laura

    ReplyDelete