Sinopsis Telefilem Forget Loving You di TV2


Telefilem : Forget Loving You
Produksi : Juicy Media Sdn Bhd
Pengarah : Daniel C.H Tan
Penulis Skrip : Daniel C.H Tan, Lim Chen Chen
Siaran : TV2
Tayangan : 2 Februari 2022
Masa : Rabu | 9.00 Malam
Pelakon : Angeline Tan, Wilson Lee Wai Sang, Daniel Wong, Jacky Kam, Angel Eng Yi Yuen, Annie Chew

Forget Loving You mengisahkan Lim Kang Boon yang dibesarkan oleh Wang Yi Fan seorang ibu tunggal yang sanggup berkorban apa sahaja untuk anaknya. 

Oleh kerana kemiskinan, Lim sering dibuli oleh rakan-rakannya di sekolah menyebabkan dia sering memberontak dan langsung tidak menghargai pengorbanan ibunya yang bersusah payah mencari rezeki membesarkan dia.

Suatu hari, Wang Yi Fan terlibat dalam kemalangan dan koma. Lim mula sedar kekhilafan dirinya dan bertekad untuk berubah dan mahu melayan ibunya dengan baik sekiranya Wang Yi Fan sedar kembali.

Post a Comment

0 Comments